Sebuah Harapan

Tags

Sesiapa yang tinggal di Limbang ini mungkin mengharapkan agar ada jalan lain untuk ke Miri atau ke Lawas tanpa melalui Negara Brunei Darussalam. Sebolehnya, ada jalan yang boleh untuk ke sana tanpa ada sekatan seperti berjumpa dengan Pak Kastam dan Imegresen.

Bukan setakat berjumpa dengan Pak Kastam dan Imegresen saja tapi bab berbaris panjang-panjang tu yang merimaskan penduduk Limbang dan juga pengguna-pengguna yang melalui Limbang. Rasa rimas semasa berbaris panjang-panjang, kekadang kena potong pemandu yang tidak bertimbang rasa sering berlaku.

Dengan masa yang panjang, kos paspot, harga minyak yang mahal, kerenah Pak Kastam dan Imegresen menghimpit pengguna-pengguna yang melalui sempadan merentasi Limbang/Brunei/Miri dan Limbang/Brunei/Lawas. Mungkin setakat yang aku dengar selalu, ia satu yang unik kerana dihimpit oleh negara Brunei dan melalui negara Brunei yang jarang ada di tempat lain. Keunikan yang bagaimana harus dikecapi jika ia mendatangkan ketidakselesaan di kalangan pengguna-pengguna terutamanya penduduk Limbang.

Ya, setakat ini aku dengar sememangnya Limbang sentiasa didatangi oleh rakyat negara Brunei. Mengalirnya wang Brunei memang aku tak nafikan dan juga memberi rezeki kepada penduduk setempat lantas memberi pembangunan yang semakin membisaikan. Impak begitu sekali bila  bergeraknya rakyat Brunei ke Limbang, posisi ekonomi Limbang semakin melebar dan banyak infrastruktur dibangunkan bagi menampung kekurangan yang ada sejajarnya pembangunan atu.

Di sudut hati sesiapa yang tinggal di Limbang mungkin terfikir jua, bilakan jalan yang ada ani bulih tembus ke Miri dan Lawas tanpa melimpas bunai. Mungkin ada segelintir yang berfikir begitu. Ya, aku juga terfikir bilakan berlakunya perkara ini? Negara Brunei bulih pulang mambina jambatan marantasi laut tarus ka Temburong. Inikan daratan, mana mungkin tak boleh dibuat jalan. Bulih tu bah.

Advertisements

Sang Kerbau Dan Pekan Limbang…Senonim Tak?

Tags

SUASANA Ramadhan bagi aku bagai rahmat…kerana memberi imbuhan kepada kita semua untuk beribadat dengan tenang dan sempurna. Bulan ini juga mengalakkan antara kita semua untuk menitikberatkan untuk kita beribadat dengan lebih tumpuan. Bagi yang ingin merebut peluang untuk mendapat ganjaran yang banyak…rebutlah pada bulan ini.

Puasa tahun ini begitu mencabar bagi aku…kerana dah macam-macam penyakit yang datang dalam beberapa hari ini. Tapi aku kuatkan juga untuk melawan ujian yang Allah turunkan. Alhamdulillah.

Sebenarnya aku nak bercerita tentang Limbang….? Setakat ini, ada perubahan yang besar berlaku di Limbang…YB Dr Abdul Rahman Bin Ismail dah jadi menteri muda ….Menteri Muda Kebajikan Dan Kesejahteraan Masyarakat..Menarik bagi aku. Sepanjang aku berada di Limbang, baru tah ini orang melayu Limbang dilantik sebagai menteri.

Mungkin tanggungngjawab yang besar akan digalas oleh Dr. Abdul Rahman dalam mengembangkan Limbang sebagai sebuah bandar yang akan membangun seperti bandar-bandar yang lain di Sarawak.

Limbang…jika sebut sahaja Limbang orang mungkin menganggap Limbang ini sebuah pekan yang jauh terpencil dan tiada apa-apa pembangunan yang pesat ataupun pembangunan mega yang nak ditonjolkan. Yang biasa kita dengar tentang Limbang…hanyalah cerita sang kerbau..patung-patung kerbau memenuhi bandar Limbang dan Lawas. Tapi kita bukan pengeluar kerbau yang utama ke serata Malaysia.

Jadi, mengapa mesti ada ikon kerbau sedangkan Limbang bukan pengeluar kerbau yang banyak? Aku pun tak dapat nak jawab soalan ini.

Sememangnya kerbau memang ada di Limbang tapi tak sebanyak yang diceritakan oleh orang Limbang. Daging kerbau memang sedap…kalah rasa daging lembu. Begitulah pujian terhadap kerbau di Limbang. Tapi..aku hairan mengapa kerbau yang begitu popular di Limbang tak ditambahnilaikan dari sudut ekonominya.

Misalnya, mengapa tak dibuat satay kerbau, burger kerbau, sup kerbau, kari kerbau, kerabu kerbau, tom yam kerbau, cecah roti canai kerbau dan banyak lagi yang boleh dibuat dengan kerbau ni jika ia bersumberkan kepada pemakanan. Ni tadi, baru minggu yang lepas baru diadakan Pesta Babulang yang lebih kepada penonjolan kewujudan kerbau sebagai binatang pengangkutan dijadikan sebagai  acara tahunan bagi ethnik Bisaya di Limbang.

Kalau nak diceritakan pasal karbau ni, banyak manafaat dari yang ndak bermanafaat yang datang dari karbau ni. Cuma kitani saja yang lagi, mau ndak mau lagi mempromot kan karbau ni sebagai bidang ekonomi yang boleh dikembangkan dari pelbagai sudut.

Mungkin YB seperti Hj. Hasbi, Dr. Abdul Rahman dan Paulus sudah menekankan peranan yang dimainkan oleh produk ini jika dipasarkan, mungkin menjadi salah satu produk yang terbaik dari Limbang. Cuba tiyak.

Bila Pekan Limbang “sesak”…

Tags

KALAU melalui jalan untuk ke Masjid Lama Limbang(Masjid Daerah sekarang ini) memasukinya melalui Pekan Limbang perlu membuat U turn dulu di Stesen Minyak Petronas. Ia ditutup oleh pembahagi jalan. Perasan tak? Dahulu ia tidak ditutup dengan pembahagi jalan. Dan sekarang ditutup atas alasan keselamatan!!

Cuma yang aku nak “highlight”kan kepayahan bagi kereta yang menggunakan jalan dari pekan yang terpaksa masuk ke Stesen Minyak Petronas dulu untuk buat “U turn” bagi memasuki masjid tersebut. Tapi jika ikut arah jalan dari Sekolah Rendah Melayu Pusat tiada masalah, masuk saja.

Cuba tuan-tuan fikirkan bagaimana jalan tersebut perlu untuk ditutup dengan pembahagi jalan! Padahal ia boleh menyebabkan kesesakan kepada lalulintas di kawasan tersebut. Tapi jika difikirkan sedalam-dalamnya, di Pekan Limbang bagi aku sudah tiada jalan lagi untuk digunakan bagi mengelak kesesakan yang ada sekarang.

Jalan di Pekan Limbang seolah-olah tepu, tak dapat lagi nak dibesarkan dari pelbagai arah. Cumanya, kena dibuat jalan pintas dari jalan Kubong untuk mengelak kesesakan yang ada sekarang ini.