Tags

TAHUN 2014 sudah aku tempuhi lima bulan yang lepas, cuma yang aku dengar rungutan daripada suara rakyat tentang kenaikan harga barang-barang yang semakin meningkat dan terus naik. Di tempat-tempat lain, suara penentangan naik harga amat menonjol disertai dengan demontrasi.

Di Limbang kebanyakan yang ada di sini hanya senyap sahaja, mungkin tak nak fikirkan sangat harga barang yang sememangnya mahal di sini. Dibandingkan dengan harga di tempat lain, nyata di Limbang masih antara yang tertinggi harga barangan. Namun, ada juga barangan di sini yang boleh dikata murah dan mahal dijual di tempat lain.

Jika nak fikirkan tentang harga di Limbang payah untuk diperkatakan. Harga yang tinggi di Limbang banyak penyebabnya. Salah satu yang sukar nak kita hindarkan ialah kedudukan Limbang yang begitu unik. Asbab keunikan kedudukan Limbang ni lah juga harga barangan di sini lebih tinggi dari tempat lain. Tapi aku tengok orang Limbang selamba je. Macam tak da apa-apa pun.

Kewarasan menerima harga yang sememangnya mahal membuat orang Limbang semakin tak kisah tentang turun dan naiknya harga barang sekarang ni. Tapi bagi yang bukan orang tetap Limbang terasa mahal juga barang yang dijual oleh peniaga-peniaga.

Namun, kehidupan di sini tetap berjalan juga tanpa ada suara yang memekik untuk pihak tertentu menyuruh peniaga-peniaga menurunkan harga barang. Sebab bagi penduduk di sini, mahal atau murah barang hanya mainan hidup kerana bagi mereka itu merupakan sebahagian daripada rencah-rencah yang perlu dihadapi bagi mereka yang tinggal  bersebelahan dengan negara Brunei.

Mungkin juga ada dikalangan kita yang berbangga bahawa barang di Limbang lebih mahal dari bahagian yang lain di Sarawak. Menyebabkan keunikan itu semakin menonjol kerana sumber yang ada di sini tak seberapa tetapi penduduk Limbang semakin gah berlumur dengan kemewahan hidup seperti orang Brunei.