Tags

SUASANA Ramadhan bagi aku bagai rahmat…kerana memberi imbuhan kepada kita semua untuk beribadat dengan tenang dan sempurna. Bulan ini juga mengalakkan antara kita semua untuk menitikberatkan untuk kita beribadat dengan lebih tumpuan. Bagi yang ingin merebut peluang untuk mendapat ganjaran yang banyak…rebutlah pada bulan ini.

Puasa tahun ini begitu mencabar bagi aku…kerana dah macam-macam penyakit yang datang dalam beberapa hari ini. Tapi aku kuatkan juga untuk melawan ujian yang Allah turunkan. Alhamdulillah.

Sebenarnya aku nak bercerita tentang Limbang….? Setakat ini, ada perubahan yang besar berlaku di Limbang…YB Dr Abdul Rahman Bin Ismail dah jadi menteri muda ….Menteri Muda Kebajikan Dan Kesejahteraan Masyarakat..Menarik bagi aku. Sepanjang aku berada di Limbang, baru tah ini orang melayu Limbang dilantik sebagai menteri.

Mungkin tanggungngjawab yang besar akan digalas oleh Dr. Abdul Rahman dalam mengembangkan Limbang sebagai sebuah bandar yang akan membangun seperti bandar-bandar yang lain di Sarawak.

Limbang…jika sebut sahaja Limbang orang mungkin menganggap Limbang ini sebuah pekan yang jauh terpencil dan tiada apa-apa pembangunan yang pesat ataupun pembangunan mega yang nak ditonjolkan. Yang biasa kita dengar tentang Limbang…hanyalah cerita sang kerbau..patung-patung kerbau memenuhi bandar Limbang dan Lawas. Tapi kita bukan pengeluar kerbau yang utama ke serata Malaysia.

Jadi, mengapa mesti ada ikon kerbau sedangkan Limbang bukan pengeluar kerbau yang banyak? Aku pun tak dapat nak jawab soalan ini.

Sememangnya kerbau memang ada di Limbang tapi tak sebanyak yang diceritakan oleh orang Limbang. Daging kerbau memang sedap…kalah rasa daging lembu. Begitulah pujian terhadap kerbau di Limbang. Tapi..aku hairan mengapa kerbau yang begitu popular di Limbang tak ditambahnilaikan dari sudut ekonominya.

Misalnya, mengapa tak dibuat satay kerbau, burger kerbau, sup kerbau, kari kerbau, kerabu kerbau, tom yam kerbau, cecah roti canai kerbau dan banyak lagi yang boleh dibuat dengan kerbau ni jika ia bersumberkan kepada pemakanan. Ni tadi, baru minggu yang lepas baru diadakan Pesta Babulang yang lebih kepada penonjolan kewujudan kerbau sebagai binatang pengangkutan dijadikan sebagai  acara tahunan bagi ethnik Bisaya di Limbang.

Kalau nak diceritakan pasal karbau ni, banyak manafaat dari yang ndak bermanafaat yang datang dari karbau ni. Cuma kitani saja yang lagi, mau ndak mau lagi mempromot kan karbau ni sebagai bidang ekonomi yang boleh dikembangkan dari pelbagai sudut.

Mungkin YB seperti Hj. Hasbi, Dr. Abdul Rahman dan Paulus sudah menekankan peranan yang dimainkan oleh produk ini jika dipasarkan, mungkin menjadi salah satu produk yang terbaik dari Limbang. Cuba tiyak.