Tempat Makan Bisai

DI LIMBANG SETAKAT INI, AKU BOLEH CADANGKAN TEMPAT MAKAN YANG BOLEH UNTUK DICUBA…..

DI PASAR MALAM(OPEN AIR), BELAKANG BANGUNAN PEJABAT IMEGRESEN DAN KPDNKK. DI SITU TERDAPAT PELBAGAI MAKANAN SAMADA DARI MALAYSIA SENDIRI, THAILAND, INDONESIA DAN PELBAGAI LAGI CITA RASA. DIBUKA HANYA DI MALAM HARI SAHAJA. BIASANYA AKU SUKA LEPAK DI KEDAI MAT TOMYAM…RASA TOMYAM NYA REAL SIKIT…TAPI KENA CUBA DULU.

DI RESTORAN MUSBEE, RESTORAN ITU ROMANTIK SIKIT DAN SESUAI UNTUK MEREKA YANG MAKAN DALAM KEADAAN TAK BISING SANGAT. DEKORASI DALAM RESTORAN AGAK MENGUJAKAN SERTA BERANI. RESEPI YANG PERNAH AKU RASA DI SITU NASI LALAPAN…BUKA SEHINGGA LARUT MALAM.

TEMPAT YANG BOLEH JUGA UNTUK MENJAMU SELERA DI LIMBANG ADALAH SARIMAH CURRY HOUSE. PENYEDIAAN MAKANAN DI SITU AGAK CEPAT SIKIT DAN HIDANGAN MAKANANNYA LEBIH BERCIRIKAN KEMELAYUAN. LOKASINYA SEBARIS DENGAN BANGUNA TABUNG HAJI. DIBUKA SIANG SAHAJA.

RESTORAN ADNAN BERDEPAN DENGAN PATUNG KERBAU(TANDA MERCU LIMBANG). CEPAT DAN BERSIH. DISEDIAKAN JUGA MENU 1 MALAYSIA BAGI SARAPAN PAGI. ISTIMEWANYA PADA HARI JUMAAT ADA NASI BERIANI. DIBUKA SIANG SAHAJA. BAH, DATANGLAH CUBA.

DI BANGUNAN TAMU LIMBANG TERDAPAT SEBUAH GERAI YANG MEMBUAT ROTI CANAI MILIK IMAM NO. 2 MASJID BAHAGIAN LIMBANG. BIASANYA ORANG LIMBANG “MELAGAU” NYA IMAM PUDIN. ROTI CANAINYA BERCECAH SAMBAL PUSU DAN KUAH KARI. ROTINYA GARING SIKIT DAN SUNGGUH MENYELERAKAN DENGAN PEMANDANGAN DI TEPI SUNGAI LIMBANG DAN PEMANDANGAN KESESAKAN KERETA MENCARI PARKIR DI BANGUNAN TAMU YANG SEMEMANGNYA SUSAH UNTUK MENCARI PARKIR DI SITU!

SAIFURINA CAFE BERSEBELAH DENGAN YAPEIM(AR-RAHNU, PAJAK GADAI ISLAM). YANG ISTIMEWANYA DI SINI, SUP BERUBUTNYA YANG TIADA DI MANA-MANA KEDAI MAKAN DI LIMBANG. DAN PANDANGAN TEPI SUNGAI LIMBANG YANG MENGASYIKKAN DENGAN UDARANYA YANG NYAMAN.

THAI TOMYAM SEAFOOD RESTORAN, MASAKAN THAILAND SEMUANYA. MEMANG MENYELERAKAN BAGI YANG MEMINATI MAAKAN THAI, TERUTAMANYA TOM YAM. KALAU NAK CUBA, RESTORAN NI BERHAMPIRAN DENGAN KAMPUNG PEMUKAT DAN SAMA DENGAN AREA BANK SIMPANAN NASIONAL…

BANYAK DAH RESTORAN YANG DIBUKA DI LIMBANG, ADA SEBUAH RESTORAN YANG BERNAMA RESTORAN HAJAH AJIJAH. TAK JAUH DARI KAMPUNG PEMUKAT. MAKANAN YANG ADA DI SITU PELBAGAI MENU TERMASUKLAH NASI AYAMNYA. LUAS DALAMAN SERTA LEBIH KELIMBANGAN KONSEP MENU DAN LAYANANNYA.

RESTORAN PANDAN WANGI, AKU LEBIH SUKA MEE JAWANYA KERANA KUAH YANG SESEDAP RASA YANG SESUAI DENGAN CITARASA AKU SENDIRI. RESTORANNYA BERSIH DAN TERATUR.

MUTIARA CAFE BERSEDELAHAN DENGAN HONG LEONG BANK MENYAJIKAN MENU KEMELAYUAN DENGAN BERKONSEPKAN “SIMPLE”.

DI BELAKANG RESTORAN HAJAH AJIJAH TERDAPAT RESTORAN NURUL, MENU YANG BOLEH DICUBA DI SITU MEE JAWANYA YANG ADA KELAINAN SIKIT DARI RESTORAN YANG LAIN DI LIMBANG.

BAGI YANG MENGEMARI MAKANAN NEGARA BRUNEI YANG BEGITU POPULAR BOLEHLAH DATANG KE RESTORAN AWANGKU NASI KATOK YANG MENGHIDANGKAN MENU NASI KATOK YANG UNIK DAN MENYELERAKAN. LOKASINYA BERDEPAN DENGAN PEJABAT JPJ.

15 thoughts on “Tempat Makan Bisai”

  1. hamba Allah yang hina said:

    ketiga kat open air.. kat tepi sungai tu.. tu pon best gak..

    • ameerhariz181 said:

      hayh,
      di open air sememang bagus, ramai yang ke situ terutamanya orang luar yang datang ke limbang.

  2. hamba Allah yang hina said:

    di open air ni, saya suke makan kat satu gerai makan ni (yg bersebelahan ngan gerai makan org kelantan).. situ pon makanan die leh tahan.. menyelerakan buat saya yg sebenarnya boleh makan apa2 je makanan yg terhidang kt dpan mata ni (tolak batu ngan kayu je)..

    tp apa yg membuat saya tertarik utk ke gerai tu bukanlah sekadar faktor makanan semata2.. tp ianya lebih kepada seorang tukang masaknya yang merupakan seorang gadis yg bg saya cukup cantik, manis dan putih.. Ana nama die..

    dulu saya mengharapkan saya dpt tackle die utk jadi suri dalam hidup saya (sekiranya saya terus menetap bekerja kat limbang)..

    apa yg membuat saya tertarik ngan ‘Ana’ ni adalah penampilannya yg lembut, pendiam dan senyumannya yg manis yang mampu memukau mata2 yg terpandang sehingga lupe ikan siakap masak sweetsour sudah 3 jam terhidang didepan mata.. yg paling penting die mempunyai kepakaran dalam bidang masakan.. itulah ciri2 utama isteri yang saya idam2kan tatkala duk kat limbang..

    tp apakan daya.. mungkin Allah dah tentukan jodoh saya bukan dgn die.. sbb saya dah tak duk limbang lagi dah.. cume saya harap lepas ni bile dtg limbang lagi, kawan2 kat sane sudi2 la bawak saya makan kat gerai ‘Ana’ tu lagi.. tu pon klo die masih jadi tukang masak kat situ lagi la..

    sekian dari saya..

    • ameerhariz181 said:

      HAYH,
      datanglah lagi ke limbang ni, nanti kite belanja dan perkenalkan denga si ana tu sekali nanti, bah..lupa pulak dulu di limbang ni kerja kat mana..

  3. hamba Allah yang hina said:

    saya dulu keje kat sebuah agensi kerajaan yg bertanggungjawab dalam menubuhkan dan mengawalselia koperasi2 dibahagian limbang dan lawas… rase tuan tahu kan..

  4. ameerhariz181 said:

    HAYH,
    rasanya lebih dari tahu pulak dengan awak ni..

  5. mmm,kalau banyak gambar mesti lagi best

  6. ameerhariz181 said:

    Insyaallah akan diusahakan

  7. Tumpang tnya.. Restoran pandan wangi tue t’letak di area mn ya?🙂

  8. assalamualaikum.. di mn tempat restoran pandan wangi? =)

  9. ameerhariz181 said:

    Auk …sebaris dengan kedai singer tue

  10. bah…boleh cari penaja tu karang….hahaha….

  11. bah..ngam tu…mau cari penaja ni karang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s