Tags

SEMASA aku berbual-bual dengan seorang kawan di surau, seorang cikgu yang mengajar di sebuah sekolah rendah. Kawan aku menyuarakan ketidakpuasan hati dengan keadaan di Masjid Besar Limbang(Masjid yang lama, dekat Purnama Hotel).

“Dahlah tandas yang ada tidak mencukupi, tak bersih lagi. Ditambah dengan tidak diselenggaraan dengan baik. Tandas itu tak ditukar-tukar, dari dulu dah begitu, tak ada perubahanan langsung” rungut beliau dengan muka yang marah.

“Kan duit banyak diperolehi oleh masjid tu, mengapa tak dibuat baru atau tambahkan lagi tandas yang sedia ada untuk kemudahan orang ramai yang datang untuk bersolah. Kalau hari Jumaat, memang bermasalah, jemaah yang ada akan beratur meunggu giliran, tandas cuma 4, yang nak buang air besar dan kecil ramai, lambatlah jadi” rengus beliau lagi.

Memang aku setuju dengan komen kawan tu, sepatutnya pihak pengurusan masjid menambahkan lagi tandas yang sedia ada agar mencukupi untuk kegunaan jemaah yang datang ke masjid terutamanya hari Jumaat.

Dan juga aku lihat, permaidani yang ada di dalam masjid sudah terlampau lama dan lusuh, yang di saf belakang. Jika kita sujud, di dahi kita akan berwarna, sama dengan warna permaidani. Tapak kaki, tangan dan seluar akan berbekas dengan warna permaidani tersebut.

Perlulah untuk pihak pengurusan masjid memikirkan bagaimana nak membaiki kekurangan yang ada, agar keselesaan jemaah yang datang untuk bersolah tidak terganggu dengan perkara-perkara seperti ini.

Jika dilihat kewangan pihak masjid ni kukuh, tapi mengapa perbelanjaan bagi penambahbaikan masjid tidak difokuskan terutama untuk kegunaan orang ramai. Mungkin kesibukan di kalangan pengurusan pihak masjid, benda-benda seperti ini tak ternampak oleh mereka.