Tags

,

KAMPUNG SEBERANG KADAI, antara beberapa buah kampung air yang ada di Limbang.Merupakan kampung air yang agak besar di daerah Limbang termasuklah Kampung Limpaku Pinang. Walaupun status ia sebagai kampung air, kebanyakan penduduknya semakin kurang menglibatkan diri dalam aktiviti nelayan.

Kebanyakannya anak-anak mereka lebih dekat untuk melibatkan diri dalam kerja makan gaji dan berniaga atau aktiviti yang berada di darat. Pendidikan yang semakin meningkat dan pendedahan kepada dunia luar mengajak anak-anak muda di kampung tersebut untuk mencuba rezeki dengan cara yang berbeza daripada orang tua mereka dulu.

Untuk menyeberang ke Kampung Seberang Kadai memerlukan perahu penambang yang mudah didapati di jeti Pasar Tamu. Disitulah berkumpulnya penambang-penambang untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk yang berulang-alik dari atau pergi pasar dan kampung di seberang.

Penumpang yang ingin merasai untuk berperahu, bolehlah mencubanya dengan harga 0.50 sen sekali naik. Walaupun biasa sahaja tapi bagi yang pertama kali naik perahu penambang suatu yang mengujakan.

Namun, aku rasakan jikalah ada di kalangan penambang-penambang ini rasa untuk mewujudkan perkhidmatan perahu penambang yang terjamin dan perolehan atas tambangan yang tetap. Mereka boleh mewujudkan satu persatuan penambang perahu yang berkonsepkan ekonomi bagi memberi pulangan atas perkhidmatan yang diberikan.

Yang ada sekarang, wujud juga penambang-penambang yang melaksanakan konsep  tersebut tetapi lebih kepada individu dan hanya kerja sampingan. Bila perlu mereka akan buat dan mengikut musim serta mood penambang terbabit.

Setakat ini, perkhidmatan perahu penambang masih releven dengan pembangunan yang ada di Limbang walaupun apa yang berlaku di situ. Arah tuju perkhidmatan yang ada perlu juga dipelbagai tujuannya, bukan hanya untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk setempat. Malah, ia boleh memberi tarikan kepada pelancong yang ingin menelusuri sungai Limbang dan kaki pancing.

Setakat yang aku perhatikan, perkomersialan ke atas perkhidmatan perahu penambang masih belum mendapat sambutan dari penambang lagi ataupun kesedaran tentang perkara ini belum ada lagi di kalangan penambang-penambang yang ada.