Tags

MUNGKIN dah lama masalah penerimaan talian telefon yang agak kurang memuaskan di Taman Desa Pabahanan. Sesiapa yang menggunakan talian celcom, maxis dan digi begitu sukar untuk talian ini digunapakai. Kalau nak bandingkan jauhnya Desa Pabahanan dengan bandar Limbang, tak juga jauh sangat.

Kadang kala sering juga talian dari Brunei masuk ke daerah Desa Pabahanan, terutamanya dstcom. Perkara ini sudah lama berlarutan, namun tiada tindakan yang sewajarnya dibuat oleh pihak-pihak yang berkenaan. Mungkin juga memikirkan kos ke atas pencawang yang akan dibuat nanti atau lebih memikirkan tentang keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan perkhidmatan yang diberikan.

Kalau nak dikatakan penghuni Desa Pabahanan tidak berkemampuan untuk membayar perkhidmatan yang diberikan tak patut juga, kerana majoriti yang tinggal di situ berpendapatan tetap dan mampu untuk membayar.

Rungutan daripada penghuni di situ bagaikan tidak diendahkan langsung. Ada penghuni yang hendak menggunakan perkhidmatan talian tersebut terpaksa mencari tempat yang sesuai malahan terpaksa keluar dari rumah agar talian boleh untuk digunakpakai.

Nak dikatakan perkhidmatan talian yang diberikan memuaskan, tak juga aku rasakan sebab tempat yang hampir dengan bandar Limbangpun begitu susah nak masuk talian perkhidmatan telefon. Lebih-lebih lagi penempatan yang jauh dari bandar Limbang.

Sepatutnya pihak yang tertentu perlu memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan begini agar tidak timbul rasa mauk dan kurang percaya kepada pihak-pihak yang memberi perkhidmatan.

Kalau kita lihat dan dengar iklan yang diberikan begitu mengujakan dan mempersonakan, namun perkhidmatan yang diberikan tidak kemana-manapun, sama juga.

Perlulah perkhidmatan yang diberikan mencapai kepuasan pelanggan dan bukan hanya perkhidmatan yang sambil lewa dan merugikan pelanggan.