Tags

SEMALAM PM kita, mengumumkan pembubaran parlimen. Seperti tali ikatan yang lama tak dibuka. Begitu memenat sekali memikirkan bila parlimen nak bubar ni.

Kawasan Parlimen Limbang(P211) yang diwakili oleh Tuan Hj. Hasbi B. Habibollah akan turun padang lagi bagi menghadapi lawan yang akan dijangka calon dari PKR. Aku tak begitu pasti berapa orang lagi calon yang akan bertanding di Parlimen Limbang nanti. 

Namun, di fikiran kita adakah mampu untuk Tuan Hj. Hasbi menampan kekangan dari pihak lawan yang semakin ligat berkempen sehinggakan kekangan yang datang dari pihak lawan semakin keras dan padu.

Jika difikirkan pilihanraya ini, ia banyak bergantung kepada undi pengundi. Jikalah pengundi suka dengan calon, ok lah calon itu nanti.Jika tidak, payahlah nak menang. Dan juga bergantung kepada isu-isu yang dibawa oleh calon nanti. Mana isu yang begitu memikat dan isu yang tidak memikat, itulah yang memikat undi dari pengundi nanti.

Tetapi, rasionalnya calon yang menang nanti bergantung kepada kematangan pengundi memilih calon yang betul-betul dapat membangunkan sosio-ekonomi di tempat tersebut. Pilihlah, calon yang betul-betul calon yang boleh membawa masyarakat di ambang kejayaan yang sebenarnya.