Tags

PETANG ni nanti kita dah bertukar tahun, awal Muharam iaitu 1434 Hijrah. Dan untuk “kesekalian” kalinya, sememangnya kita akan berazam untuk memberi azam baru kita bila tibanya tahun baru bagi kelendar Islam pulak. Tetapi biasanya keazaman yang kita laungkan akan berkesudahan dengan tinggal kenangan sahaja tanpa ada apa-apa tindakan.

Esok dah tahun baru, adakah sudah kita melaksanakan atau kita capai azam yang kita azamkan untuk tahun lepas? Kalau belum lagi tercapai, kena usahakan lagi agar apa yang kita azamkan tercapai.

Akupun ada juga berazam, azam untuk lebih baik dari kelmarin dan lebih baik dari hari ini. Dari apa-apa sudutlah yang aku nak baik ni, lebih-lebih lagi bab agama. Bab agama ni begitu berat nak difikirkan kerana banyak halangan dan musuh yang nak ganggu kita nak buat perkara yang baik ni.

Musuh no. 1 kita, syaitan, sebab syaitan dah berjajnji dengan Allah swt akan menyesatkan anak Adam sehingga ke hari kiamat. Dasyhat dendam syaitan ni tetapi nak kalahkan syaitan ni mudah sahaja. Pertama kena diisikan rohaniat dalam jasad kita ni. Amalan agama perlu ada dalam jasad kita barulah syaitan ni tak ganggu, kalau tak habis kita dimain oleh syaitan ni.

Musuh no. 2 kita, nafsu, ni pun bahaya juga. Kalau tak dikawal dengan baik habis amalan kita tak diterima oleh Allah swt. Nafsu bukan untuk seks sahaja, nafsu ni macam-macam, nafsu nak senang, bermewah, ikut kehendak diri, buat amal ikut sedap atau apa yang mudah sahaja, tak ikut sunnah nabi saw dan nak pengertian yang lebih singkat lagi buat perkara atau amalan tidak ikut perintah Allah swt dan cara Nabi Muhammad saw. Nak buat perkara dan amalan ikut suka sendiri sahaja.

Musuh yang lain-lain tu, diri kita sendiri dan keduniaan yang kita dok rebut-rebut dan fikir hari-hari. Bukan tak boleh mencari harta, pangkat dan kuasa tapi kena diselaraskan dengan agama agar apa yang kita perolehi kat dunia ni nanti jadi pahala ataupun amalan agama.

Jadi, fikir-fikirkanlah sejenak dalam kehidupan kita ni, umur kita makin pendek dan kematian tidak mengikut peraturan seperti kelahiran iaitu datuk dulu lahir, pastu bapa, pastu anak, pastu cucu, pastu cicit tetapi kematian cicitpun boleh mati dulu ataupun bapa yang mati dulu ataupun datuk pula yang akan mati akhir sekali. Maksudnya, tak semestinya orang tu tua dia mati dulu, yang mudapun boleh mati awal. Buatlah persiapan untuk di alam yang kekal iaitu akhirat.

Di alam akhirat hanya menerima bekalan yang berbentuk amalan yang baik sahaja, yang banyak amalan baik akan menerima Syurga Allah swt dan yang tiada amalan yang baik akan menerima Neraka Allah swt.

Untuk tahun baru ni, periksa baliklah semua amalan kita tu, samada diterima atau tak diterima Allah swt. Kalau ada lagi perintah Allah swt yang tak dibuat tu, cepat-cepatlah buat dan diikuti dengan cara Nabi Muhammad saw.

Salam Maal Hijrah 1434H….