Tags

Anak Epal Yang Sempat Dirakamkan.

HARI Khamis baru balik dari Ba’kelalan menggunakan kapal terbang kecil, Twin Otter. Teman-teman yang lain terus balik ke Kuching dan Kuala Lumpur tanpa singgah di Lawas lagi. Walaupun ada aku ajak mereka nak singgah di Lawas tapi rezeki mereka belum ada lagi di Lawas. Mungkin satu hari nanti?

Hari itu aku sudah berjanji nak ceritakan sikit tentang apa yang ada di Ba’kelalan. Mungkin ramai di kalangan kita yang sudah datang ke situ dan ada juga yang belum pernah sampai.

Air garam yang sedang dimasak

Hari pertama aku dan rombongan rancangkan, pergi ke ladang epal, difahamkan musim memetik epal dalam bualn Oktober. Jadi, bulan kami datang ke Ba’kelalan bulan Oktober tapi epal yang nak dirasa sudah dipetik orang rupanya. Jadi, kami hanya bergambar dengan pokok epal sahaja.

Aku lihat muka teman-teman kecewa sikit sebab tak sempat nak bawa epal tu pulang. Sebab dah janji dengan kawan-kawan nak bawa epal tu, datang-datang dah habis. Memang bukan rezeki kami sebenarnya.

…tempat kamek tinggal…

Hari kedua, buat progrsm pejabat dan melihat orang memperoses garam bukit. Menarik. Tempoh memasak garam bukit tu dalam masa 2 hari. Terpaksalah orang yang memasak tu tidur di situ. Proses pembuatan garam tu bermula dari air yang diambil dari telaga yang mengandungi kandungan garam. Lepas tu, air garam ditapis dan dibiarkan sehingga air tu mendap. Kemudian air garam yang bersih dimasukkan ke dalam kuali untuk dimasak sehingga menjadi garam serbuk.

Padi Adan yang sedang menghijau…

Hari ketiga, kami serta rombongan bertolak balik ke Lawas tapi lewat sikit. Sepatutnya bertolak jam 10.50 pagi tapi terlewat hingga pukul 12.10 tengahari.