Tags

HARI ini aku dan teman yang lain akan ke Ba’kelalan. 2 dari Limbang termasuk aku, 2 dari Kuching dan 4 dari KL. Kebanyakan yang ikut aku ke Ba’kelalan tidak pernah ke situ. Teruja sangat mereka nak lihat Ba’kelalan.

Aku dan yang lain ke Ba’kelalan ada tugasan pejabat dan melihat perkembangan tugasan yang telah dilaksanakan.

Di Ba’kelalan hanyalah tempat tanah tinggi yang masih hijau dengan fauna dan flora yang indah dan yang menarik di sini, buah epalnya. Insya-Allah jam 9.50 pagi aku dan teman-teman yang lain akan bertolak menggunakan Twin Otter dan sampai dalam jam 10.30 pagi.

Lepas balik dari Ba’kelalan nanti aku akan ceritakan tentang ia.