Tags

DIBANDINGKAN lebuh raya atau jalan raya yang ada di Sarawak dan Sabah, Semenanjung dan boleh juga Brunei mungkin jauh panggang dari api kata pepatah melayu. Sesiapa yang menggunakan jalan raya di Sarawak khasnya akan terasa bezanya. Maksud aku, beza dari segi kualiti jalan raya tersebut.

Hampir kebanyakan jalan-jalan yang pernah aku lalui di Sarawak masih di tahap yang kurang berkualiti dan berbahaya bagi pengguna jalan raya. Walaupun telah dibina beberapa kali namun kerisauan atas jalan masih terasa.

Kualiti macamana yang aku nak beritahu? Jalan-jalan yang dibina oleh pembuat jalan di Sarawak beralun(tidak rata) dan mudah pecah(mungkin juga nipis sangat tarnya) serta tidak tahan lama. Jika difikirkan kalau nak buat jalan, pihak kerajaan akan memberi peruntukan yang sama kepada pemaju-pemaju di Malaysia tetapi kenapa jalan yang dibuat oleh pemaju dari Sabah dan Semenanjung berkualiti dan tahan lama. Dan mengapa pula jalan yang dibuat oleh pemaju-pemaju di Sarawak kurang berkualiti!

Mungkin banyak faktor yang boleh diketengahkan untuk menutupi kelemahan-kelemahan yang ada di pihak pemaju. Namun yang menjadi mangsa atas kelemahan tersebut adalah pengguna jalan raya itu sendiri.

Siapakah harus kita tunding atas kelemahan ini semua? Sebab perkara ini sudah begitu lama berlarutan dan kurang diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan. Kemudahan yang sepatutnya ada tetapi tidak disediakan dengan sebaik-baiknya walaupun pengguna telah membayar cukai-cukai jalan untuk dana tersebut.

Di tempat yang lain, jalan-jalan yang dibuat begitu sempurna sekali walaupun ada yang beranggapan Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia jadi kos untuk membuatnya juga besar. Dan jika kos besar terpaksalah nilai kualiti tidak begitu diutamakan oleh pihak pemaju kerana ingin meraih keuntungan. Mungkin begitulah asas pemikiran pemaju jalan agar mereka tidak mengalami kerugian atas kualiti yang akan dibuat nanti.

Namun, ia tidak menyelesaikan permasalahan jalan raya yang ada di Sarawak ini. Kesmipulannya, mana-mana pihak yang terlibat harus menangani permasalahan ini dan perlunya pemantauan ke atas projek-projek yang dibuat agar tidak berlakunya ketirisan sebegini selama-lamanya.