Tags

(N3 ni dah lama sebenarnya tapi aku tak dapat nak siarkan kerana tak berapa lengkap dan kepuasan belum tercapai)

BULAN November 2011, aku dan keluarga pergi ke Sabah untuk merehatkan diri dan merupakan program tahunan bersama keluarga. Tahun ini tempat lawatan yang dibuat ke Negeri Sabah termasuk Sandakan, Tawau dan Semporna selama seminggu. Boleh dikatakan di Sabah promosi tentang pelancongan begitu giat dan menghiburkan serta begitu banyak tempat yang nak dilawati.

Kesungguhan pihak kerajaaan Sabah untuk menaikkan Sabah sebagai tempat pelancongan yang bertaraf dunia begitu mengujakan. Begitu banyak tempat yang menarik sementelah juga Sabah merupakan negeri yang banyak mempunyai pulau-pulau menarik yang boleh mengamit hati sesiapa yang datang ke Sabah.

Tak juga aku nak bandingkan dengan promosi pelancongan yang diusahakan oleh kerajaan Sarawak dengan Sabah, cuma aku begitu suka dengan promosi dan keghairahan rakyatnya mewujudkan aktiviti pelancongan. Secara menyeluruhnya, kerajaan dan rakyat Sabah berkerjasama untuk menjadikan Sabah sebagai pusat pelancongan yang bagus dan terbaik. Sokongan daripada pihak kerajaan dengan menyediakan kemudahanan asas juga merupakan tanda sokongan yang terbaik kepada industri pelancongan di Sabah.

Di Sarawakpun terdapat juga promosi yang dibuat tapi masih belum hebat seperti yang dibuat oleh kerajaan Sabah. Mungkin juga minat terhadap industri pelancongan di kalangan rakyat dan pemimipin yang ada di Sarawak ini masih belum membuak menyebabkan promosi yang dibuat tak sehebat seperti di Sabah.

Semasa berada di tiga tempat tersebut begitu banyak promosi dibuat ke atas industri pelancongan di situ. Penduduk tempatan juga dilibatkan sama oleh kerajaan Sabah untuk menguar-uarkan kecantikan yang ada di tempat tersebut. Penglibatan yang aku perhatikan di tiga tempat itu seperti jualan produk tempatan, seperti makanan dan barangan tradisi dan juga mewujudkan tempat-tempat yang menarik perhatian pengunjung.

Walaupun tempat tersebut biasa sahaja tetapi penekanan yang diberikan menyebabkan suasana yang biasa menjadi luar biasa apabila pelancong dari luar begitu ghairah melawat ke tempat tersebut.

Aku rasa kita boleh untuk mengalahkan Sabah dari sudut tempat-tempat yang menarik dan makanan yang sedap di sini jika kita berganding bahu dan mempunyai kesedaran ke atas produk-produk yang kita ada ini.

Ini semua perlukan kerjasama dari pihak yang berwajib dan bantuan dari kerajaan Negeri Sarawak.