Tags

BULAN lepas aku singgah sebentar di pasar tamu yang kat belakang tu. Di belakang bangunan pasar tamu di belakang tu terdapat penjaja yang terdiri daripada penduduk kampung seberang(kebanyakan dari kampung sungai). Kebanyakan yang menjaja di belakang tu orang-orang tua, barangan yang dijual kebiasaannya makanan, tanaman dan ubat-ubatan tradisional. Di suatu sudut tempat penjaja tu, aku terpandang daunan kering dan bunga-bunga kering yang dijual oleh seorang wanita tua. Ia dibungkus dan disusun rapi menggunakan kertas suratkhabar lama seolah-olah seperti kuntuman bunga.

Tergerak juga hati aku nak bertanya, apa yang dijual itu, akhirnya aku menghampiri wanita tua itu, dalam lingkungan 70an usia makcik yang menjual daunan dan bunga kering itu. Aku bertanya kepada makcik tersebut, apa yang dijualnya. Makcik tu menjelaskan bahawa benda itu sebenarnya untuk mandian orang yang bersalin, ia digelar sebagai “Daun Mandi-mandian Selepas Bersalin”. Ada 12 jenis daun dan bunga yang dikumpul untuk menghasilkan bahan mandian tersebut. Sempat juga aku bertanya nama-nama daun dan bunga tersebut, kat bawah ni aku catatkan nama-nama daun dan bunga untuk mandian orang bersalin :

1. daun ku limpapa;

2. sedaman dayang;

3. ringan-ringan;

4. seri bangun putih, hitam dan hijau;

5. balik-balik angin;

6. balik-balik sumpah;

7. linjuang;

8. serai wangi;

9. ribu-ribu;

10. barbadak;

11. limpagis; dan

12. daun sambung.

Makcik yang aku jumpa tu bernama Hajah Fatimah Bt Hj Abdullah, ia juga sesuai untuk orang yang demam katanya. Ia tak boleh diminum, untuk diguna sebagai mandian sahaja. Cara menggunakannya, cuma rebus sahaja semua daun dan bunga tersebut kemudian tunggu hingga sejuk sikit dan campur dengan air biasa dan terus mandi dengan air tersebut. Makcik Hjh Fatimah menjelaskan bahawa semua bahan-bahan tersebut boleh didapati sekitar Limbang dan cara membuatnya hanya menjemur daun-daun dan bunga tersebut sehingga kering. Aku beritahu makcik tu, boleh dihancurkah bahan-bahan tersebut sehingga menjadi serbuk mudah lagi nak dicampur dengan air dan digunakan terus. Makcik tu cakap tak tahu dia hanya menjual sahaja.

Daun mandian tu dijual RM1 sebungkus, kebanyakan yang membeli tu orang Brunei. Orang Limbang jarang membeli kata makcik tu, mungkin orang iLmbang menggunakan cara moden agaknya.

Kesimpulannya, gunakan barangan Limbang dengan rasa bangganya.