Tags

ESOK hari raya haji akan disambut oleh segenap umat Islam di seluruh dunia. Dengan kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut Aidil Adha dan jadikanlah episod yang berlaku dalam keluarga Nabi Ibrahim a.s. sebagai iktibar dan ikutan kepada seluruh umat Islam.

Tanpa pengorbanan yang dibuat oleh mereka-mereka yang terdahulu pasti kita tidak mengecapi erti kehidupan yang sebenar di dunia yang fana ini. Kehidupan di dunia ini hanyalah lakonan semata-mata, kehidupan yang sebenar hanyalah di alam akhirat kelak. Buatlah persiapan untuk ke alam yang kekal dan abadi selamanya.