Tags

LAMPU ISYARAT yang terdapat di jalan untuk menuju ke Lapangan Terbang Limbang, Kampung Patiambun dan ke Bandar Baru Limbang aku rasa tak begitu sesuai. Kalau nak dikira, tempat itu perlu dibuat bulatan sahaja. Tak perlu lampu isyarat di letak di situ kerana merimaskan pengguna kenderaan. Jika sesiapa yang pernah melalui jalan tersebut, ia merupakan laluan yang tidak sibuk. Jadi, jika pengguna melalui laluan tersebut terpaksa menunggu lampu untuk bertukar ke warna hijau walaupun tiada kenderaan yang melalui jalan tersebut.

Maksudnya yang aku nak ketengahkan, jalan tersebut hanya perlu dibuat bulatan yang tak perlu untuk pemandu menunggu sesiapapun untuk melintas kerana jalan tersebut memangpun tak sesak dan kurang kenderaan. Mungkin pihak berkuasa tempatan perlu untuk menilai laluan mana yang perlu untuk diwujudkan lampu isyarat dan perlu dibuat bulatan sahaja. Mungkin faktor yang difikirkan oleh pihak berkenaan kerana ia merupakan jalan ke lapangan terbang Limbang, jadi perlulah nampak canggih sikit. Tapi bagi aku, walaupun canggih tapi jika tak kena pada tempatnya tak boleh jadi juga. Ia akan boleh menyebabkan berlakunya permasalahan lain bagi pengguna jalan raya.

Jika diperhatikan, kebanyakan pengguna yang melalui jalan tersebut akan melencongkan kenderaan mereka seperti membuat bulatan semata-mata untuk tidak mahu menurut arahan lampu isyarat tersebut. Jika perkara ini terus berlaku, ia boleh mendatangkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Jadi, kata orang Limbang, …mun faham bisai… Jadi, perlulah pihak-pihak yang berkenaan mengambil berat tentang perkara ini. Kadang-kala lampu isyarat tersebut tidak berfungsi dan pernah dirosakkan mungkin tak puas hati dengan benda tersebut. Jika ini berlaku, ia boleh membahayakan pemandu-pemandu yang melalui jalan tersebut.

Jika dilihat lorong bagi di setiap kenderaan yang menunggu di lampu isyarat, terlampau kecil bagi sesebuah kenderaan dan menyukarkan pemandu untuk bergerak apabila hendak melintas ke laluan yang lain.

Sebelum terjadinya apa-apa perkara yang tidak diingini, perlulah pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya walaupun kos untuk mengubah balik laluan tersebut mendatangkan kos yang tinggi tetapi keselamatan dan keselesaan pengguna perlu diberi perhatian. Akupun selalu juga melalui jalan itu sewaktu menghantar anak-anak ke sekolah dan merupakan jalan pintas berbanding melalui jalan kampung.

p/s mungkin sesuai jika bandar baru Limbang menjadi kenyataan nanti.