Tags

MUNGKIN suasana di Limbang masa ini amat damai dan tenang dengan bercahayakan warna malam yang pekat dan gelap dan tidak dinodai oleh kebisingan jentera-jentera yang bergerak. Mungkin itulah trademark bagi Limbang berbanding dengan bandar-bandar lain yang hiruk-pikuk dengan kebisingan kemodenan yang semakin matang dan ganas.

Biasanya dalam lingkungan jam 9 malam ke atas, suasana pekan Limbang akan senyap dan terkadang-kadang terdengar jeritan rumah pub yang menjadi gilaan orang-orang tertentu untuk menenangkan fikiran yang kusut dengan ketenangan pekan Limbang. Sebenarnya tak perlu pub dan tempat-tempat yang seangkatan dengannya untuk kita menenangkan fikiran. Cukuplah dengan apa yang ada di Limbang, sememangnya apabila berada di Limbang dengan suasana yang tenang dan rilek sudah cukup untuk menenangkan fikiran yang kusut dan resah.

Kadang-kadang ketenangan yang ada di Limbang tak dapat juga untuk mengubati hati yang luka dan resah bagi seseorang yang mengalami tekanan dalam kehidupan seharian, masalah kewangan, masalah rumahtangga, masalah cinta dan pelbagai masalah yang sentiasa mengekori kita. Mungkin ketenangan di Limbang hanya sesuai untuk yang belum pernah lagi menjejaki kaki di Limbang, mungkin di situlah ketenangan hanya dikecapinya nanti.

Bagi mereka-mereka yang dah lama hidup di Limbang sejak dilahirkan lagi, mungkin bagi mereka ketenangan yang ada di Limbang tiada apa-apa. Dan mungkin juga bagi mereka ketenangan dinilai dari sudut pembangunan, dengan adanya bangunan yang tinggi, adanya kemudahan seperti air dan api, adanya jalanraya yang baik, kemudahan-kemudahan yang cukup dan ia sudah untuk mewujudkan ketenangan dalam kehidupan mereka-mereka itu.

Dan jika tiada pembangunan sebegitu mungkin meragut ketenangan yang ada di Limbang dari sudut kemodenan, ekonomi dan sosial

Semuanya kita perlukan ketenangan untuk hidup, haiwan-haiwanpun perlukan ketenangan tanpa gangguan dari kerakusan manusia, pencuri-pencuripun nak kan ketenangan daripada diganggu oleh pihak yang berkuasa yang menganggu aktiviti mereka, ahli politikpun nak kan ketenangan agar politik mereka tidak disanggah oleh pihak lain dan kita semua ada ketenangan tersendiri yang perlu kita jagai.

Wujudkah ketenangan dengan adanya pembangunan bagi orang yang belum lagi mengecapi pembangunan, bagi yang belum mengecapi kemewahan, yang belum mengecapi cinta yang sejati, yang belum mengecapi pekerjaan yang tetap, yang belum mengecapi jawatan yang tinggi, yang belum mengecapi rumah sendiri, yang belum mengecapi kelahiran anak, yang belum mengecapi kesetiaan dan berbagai lagi yang belum kita kecapi dan perolehi.

Adakah boleh ajaran agama Islam yang kita anuti sekarang boleh memberi ketenangan tanpa kita ada apa-apa yang hendak dikecapi?