Tags

BARU lepas dari solat Jumaat bersama anak tadi, aku masih tertanya, mengapa pihak pengurusan masjid Limbang tak ambil endah tentang kesesakan parkir yang berlaku di situ. Sepatutnya tak akan berlaku lagi kesesakan yang ada itu jika pengurusan masjid berjalan dengan baik dan berhemah.

Kesesakan yang ada masih seperti dulu lagi, semacam tiada tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan masjid, atau mereka tak perlu untuk memikirkan hal tersebut atas kemungkinan berlaku peralihan atau berpindah ke masjid baru nanti di kawasan pembangunan bandar Limbang kedua. Seperlunya pihak pengurusan perlu peka akan ehwal yang berlaku kerana ia melibatkan masyarakat Limbang keseluruhannya.

Ketidakcukupan parkir yang ada, menyebabkan kesesakan berlaku dan pemarkir akan memarkirkan kereta mereka di bahu jalan yang boleh menyukarkan pihak-pihak lain yang menggunakan jalan-jalan yang ada. Yang pasti kereta yang parkir di situ kebanyakannya dimonopoli oleh orang yang hendak membeli belah di Limbang Plaza dan kereta penduduk tempatan yang memarkirkan kereta mereka kerana mereka tinggal di seberang.

Perlu ada kawalan ke atas kereta yang hendak memarkirkan kereta di situ, terutamanya hari Jumaat. Pihak pengurusan yang ada perlu memikirkan mekanisme yang ada untuk menguraikan permasalahan yang mudah tersebut agar tidak membebankan mana-mana pihak.

Keselesaan yang diberikan ke atas orang-orang yang hendak bersolat perlu dititikberatkan juga agar tanggungjawab yang diberikan ke atas pengurusan masjid dihargai dan tidak diperendahkan oleh masyarakat dan pihak-pihak lain sebagai sebagai sebuah institusi keagamaan. Jadi, perlulah ada kualiti dalam pengurusan dalam mengurus dan mentadbir organisasi yang melibatkan masyarakat umum terutamanya orang Islam.