Tags

BULAN Jun ni aku tak pasti adakah aku akan balik ke Limbang, kalau ikutkan hati nak juga balik tapi bila tengok tiket Airasia dan MAS dah mahal semuanya. Aku sebenarnya tak ada perancangan nak balik sebab baru balik bulan Mei tu tapi terasa juga nak balik. Dah kawan-kawan yang lain balik semua, nak juga balik bercuti.

Lagipun bulan Jun ni cuti sekolah, apalah yang dibuat anak-anak aku kat rumah tu, tadi isteriku telefon beritahu anak aku yang nombor 2 kemaskan rumah, Siti Zulaikha, dah rajin juga anak aku yang satu ni. Terasa juga nak balik sekejap nak lihat wajah-wajah isteri dan anak-anak Ameer Hariz, Siti Zulaikha dan Siti Humaira.

Biasanya jika aku balik, aku akan bawa anak-anak aku shooping kat Limbang Plaza, dan mereka akan bershoopinglah kat situ.

Perkhabaran terbaru, aku balik ke Limbang juga akhirnya…”keboringan” yang ada di KL dapat aku leraikan. Aku ke Limbang melalui Labuan dan menggunakan bot express untuk ke Limbang. Sampai di Limbang sebelum jam 4 petang hari Sabtu.

Bila aku sampai sahaja di Limbang, ermmm…. banyak juga tanah runtuk di sini, yang terbaru aku lihat di Kampung Bukit Kota. Sebelumpun dah ada tanah runtuh di situ, di belakang surau. Di mana penghuni yang menghuni di situ terpaksa dipindahkan, yang terbarupun penghuninya dipindahkan.

Kalau nak dilihat kawasan Limbang ini, kebanyakannya berbukit, banyak juga kawasan yang berbukit telah mengalami erosi tanahnya. Seperti aku perhatikan di Jalan Kubong dari kawasan Bukit Mas hingga Kampung Bakul yang mengalami keruntuhan tanah, Kampung Bukit Kota hingga Kampung Limpaung dan di kawasan bandar Limbang kedua.

Pembukaan tempat-tempat baru untuk dijadikan tapak perumahan, industri dan kemudahan awam menyumbang kepada keruntuhan yang berlaku sekarang ini. Selain itu juga pembalakan dan pembukaan ladang-ladang baru di ulu Limbang juga menggalakkan lagi terjadinya perkara tersebut. Selain kepadatan yang ada di pekan Limbang juga mendorong faktor-faktor seperti laluan air hujan semakin tersekat dan begitu susah untuk keluar ke sungai Limbang. Parit-parit yang sediada tak mampu untuk menampung air yang sedia mengalir apabila hujan turun dengan lebatnya. Ini merupakan faktor teknikal dan pembangunan yang pasti merosakkan sistem yang ada di Limbang.

Selain faktor yang nampak, amalan manusia juga memberi faktor yang jelas juga kepada berlakunya perkara-perkara ini semua iaitu kerosakan amalan agama akan menjurus kepada terjadinya gejala-gejala dan bala yang berlaku.

Suatu masa nanti Limbangpun akan mengalami keruntuhan tanah yang besar jika tidak dikawal dari sekarang dan ditakuti akan membawa kepada kematian. Walaupun sekarang kita lihat ia tak begitu signifikan tapi harus juga pihak tertentu mengambil inisiatif agar dapat dicegah sebelum ia berlaku.