Tags

NAK ke Limbang memerlukan kita menggunakan ATR atau Fokker untuk jalan udara melalui Miri, untuk jalan darat kita kena melintasi negara Brunei dulu dan nak gunakan jalan laut kena pula melalui Labuan. Limbang ni satu wilayah yang payah untuk kita kunjungi jika tak ada apa-apa yang penting untuk ke situ. Jika nak datang sahaja tanpa tujuan pasti orang tak akan datang ke Limbang.

Mereka-mereka yang datang ke Limbang mungkin kerana ada kepentingan seperti urusan rasmi kerja, nak melawat saudara mara dan mungkin ada hal-hal yang berkaitan dengan Limbang. Jarang orang yang datang ke Limbang semata-mata untuk datang sahaja dan pasti ada tujuan yang nak ke situ.

Tapi, mengapa pihak penerbangan MAS ataupun Airasia tidak menggunakan laluan Limbang untuk destinasi ke Kuala Lumpur ke, Kuching ke, Kota Kinabalu ke ataupun mana-mana destinasi di wilayah Sarawak misalnya. Yang aku tahu sejak dulu-dulu lagi hanyalah Miri, Lawas dan Kota Kinabalu(itupun sekali seminggu dan sekarang tiada lagi) sahaja destinasi yang melalui Limbang.

Adakah di Limbang ni tak ada apa-apa yang nak dilihat, ditengok, dilawati sehinggakan terpaksa pihak MAS menggunakan Miri sebagai tempat perrsinggahan sementara menunggu kapal terbang untuk ke Limbang. Mengapa tak ada kapal terbang yang terus dari destinasi yang lain ke Limbang? Adakah juga kerana lapangan terbang yang dibina hanya untuk setakat ATR atau Fokker sahaja? Mengapa tak dibina landasan yang boleh juga digunakan untuk kapal terbang seperti Boieng ke? Tak perlulah aku nak pergi ke Miri atau Brunei atau Labuan ataupun Kota Kinabalu untuk pergi ke wilayah lain di Malaysia ni. Ataupun suatu masa nanti aku terpaksa menggunakan kapal terbang jenis Boeing di Lawas? Ia tak mustahil boleh berlaku, memandangkan sekarang kerajaan dah berura-ura nak bina lapangan terbang baru di Lawas, khas untuk bahagian utara Sarawak dan wilayah yang bersempadan dengan Sarawak iaitu sekitar Beufort, Sabah.

Jikalah Lawas mempunyai landasan yang sesuai untuk Boeing, pasti pembangunan di Lawas semakin rancak lagi, dengan adanya Hotel Seri Malaysia yang sudah untuk mempastikan bahawa yang Lawas suatu hari nanti akan membangun seiring dengan wilayah-wilayah yang lain sedang  dan telah membangun.

Ini hanyalah gambaran aku sahaja tapi ia boleh untuk direalisasikan dengan kesungguhan orang di situ dan pemimpin yang betul-betul seorang pemimpin bagi wilayah itu sendiri.

Dan mungkin tahai nanti akan terbang ke sana dan ke sini bila perkara ini berlaku atau mungkin tahai akan dilupakan dan diganti dengan “tahai-tahai moden” dari luar sana yang lebih enak lagi bagi generasi yang baru ini. Yang pasti ramai orang yang bukan orang Lawas akan datang ke situ bukan lagi atas urusan rasmi dan melawat saudara mara seperti di Limbang dulu-dulu tapi atas urusan mencari kekayaan. Mungkin aku dan kita di Limbang dan Lawas tidak turut serta mencari urusan kekayaan juga tapi sekadar mengatakan Limbang atau Lawas sudah ada pembangunan dan sudah membesar, syukurlah…