Tags

BILA aku masuk ke pasar tamu Limbang, sebenarnya banyak produk-produk tempatan Limbang yang tak diketengahkan untuk dipasarkan secara komersial terutamanya makanan. Mengapa ya, boleh terjadi begitu? Contohnya seperti makanan tempatan yang ada di Limbang begitu banyak untuk dikomersialkan di pasaran tempatan khususnya.

Seperti Wajik, Sapit, Kelupis, Cincin, Penyaram, Jala dan banyak lagi makanan yang ada di Limbang boleh untuk di ketengahkan di pasaran.

Di Limbang, yang pasti ada agensi-agensi yang berkaitan boleh untuk mengenengahkan makanan-makanan tempatan yang ada di Limbang agar ia boleh dinaiknilai sebagai produk yang boleh untuk menyumbangkan sumber-sumber yang dinamik kepada Limbang. Selain itu, memberi sumber pendapatan kepada penduduk Limbang terutamanya kaum-kaum ibu yang boleh untuk dijadikan produk hiliran bagi bahagian Limbang.

Aku rasa, makanan ini perlu dibuat R & D dari sudut ketahanan dan rasa yang lebih “seksi” sikit bagi menarik minat golongan muda yang lebih kepada makanan-makanan luar yang tidak ada nilai ekonomik bagi Limbang dan penduduknya sekali.

Jadi, bagaimana untuk kita nak ketengahkan produk-produk yang telah lama berada di Limbang ini agar berada di luar Limbang untuk memberitahu Limbangpun ada produk-produk makanan yang menarik untuk dinikmati  juga.

Dan juga, makanan-makanan tempatan yang ada di Limbang perlu untuk golongan muda merasainya, melihatnya dan membuatnya sebagai warisan yang tak ternilai jika ia hilang begitu sahaja nanti kerana kebanyakan mereka-mereka yang membuat makanan ini hanyalah golongan-golongan lama sahaja. Cuba fikirkan lah sejenak…