Tags

MUNGKIN masa ni, Limbang sibuk dengan kempen pilihanraya negeri ke 10 bagi negeri Sarawak. Pak menteri pasti sibuk berjumpa dengan rakyat, menangani hati rakyat, merasmikan pelbagai upacara-upacara dan berkempen tentang manifesto parti masing-masing.

Tinggal sehari lagi untuk calon untuk berkempen, yang aku lihat…cara berkempen antara calon…berceramah di pelbagai tempat, merasmikan upacara, memberi bantuan, pergi rumah ke rumah, lepak di kedai-kedai, di media massa terutamanya di tv-tv, radio, suratkhabar dan secara internet seperti web, blog, facebook serta melalui telefon bimbit iaitu sms dan cara-cara yang nampak dan tak nampak(silap mata, mungkin juga pertolongan dari bomoh-bomoh). Dan didatangkan parti-parti dari Semenanjung dan Sabah samada parti kerajaan dan pembangkang, aku rasa pertama kali begitu ramainya menteri-menteri kerajaan dan pembangkang datang ke Sarawak.

Mungkin juga para peniaga-peniaga paling lamanya senyumnya, seperti pemilik hotel, perkhidmatan teksi, gerai-gerai makanan, pencetak bahan untuk berkempen, pengusaha bas, belon-belon, bot ekpress dan mana-mana perseorangan dan perkumpulan yang berkaitan dengan pilihanraya ini pasti dapat habuan yang tak disangka-sangka.

Mungkin begitu juga dengan para rakyat semua…akan dapat bantuan seperti bantuan kewangan, dapat jalanraya baru, dapat peruntukan untuk bina rumah, surau, masjid, persatuan, pertubuhan, sekolah, dapat makan percuma, dapat menonton artis-artis popular dengan percuma dan juga dapat berjabat tangan dengan pak menteri-pak menteri yang jarang untuk bertemu kerana sibuk dan juga melihat wajah-wajah pembangkang dari dekat kerana selalu melhat hanya di tv sahaja ataupun menatap hanya di suratkhabar sahaja.  Sungguh menyeronokkan!

Mungkin juga nanti selepas pilihanraya semua ini akan tiada lagi, pilihanraya ini seakan “durian runtuh”  bagi rakyat untuk mendapat apa yang mereka ingini. Kerana masa ini sahajalah semua permintaan rakyat akan dipenuhi samada kerajaan yang sedang, nak dan tak memerintah semuanya menawarkan tawaran yang cepat dan cekap dengan penuh kerelaan dan kegembiraan. Mungkin adalah juga sumbangan yang diberi tapi tak secepat dan secekap semasa pilihanraya sebab tanpa melalui prosedur dan  pelbagai birokrasi.

16 haribulan ini aku akan merasa ikan tahai, samada masih nyaman atau sik nyaman agik…terpulang pada tukang masak, kalau sedap masakan datang lagi ke kedai itu…kalau tak, pergi ke kedai lainlah.