Tags

SETIAP pengubatan atau penyembuhan bagi penyakit memerlukan kos digunakan, samada penyakit yang nampak atau tak nampak. Bagi setiap individu, ia merupakan bebanan bagi mereka lebih-lebih lagi yang tak berkemampuan. Sebab sekarang, nilai pengubatan dan penyembuhan mempunyai nilai komersial dan bisnes yang menguntungkan.

Nabi Muhammad s.a.w. ada menyatakan, setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati, jadi tidak mustahil bagi yang sakit atau berpenyakit kecerahan untuk sembuh sememangnya ada, cuma perlukan ikhtiar. Samada ikhtiar itu memerlukan kos atau tidak. Tapi kebanyakkan daripada kita hendakkan yang percuma sahaja, kalau berbayar sudah pasti kita akan berfikir dua tiga kali untuk melabur dalam produk penjagaan kesihatan kita.

Pelaburan dalam menjaga dan memelihara kesihatan amat kurang diberi perhatian dan tekanan. Kerana bagi seseorang itu, tiada keuntungan yang nyata diperolehi seperti seseorang berniaga kuih-muih akan dapat wang yang nyata di depan mata dan boleh digunakan untuk pusingan modal serta disimpan untuk dijadikan sebagai aset.

Jika dilabur dalam menyempurnakan kesihatan mungkin agak tipis sekali wang itu akan muncul balik sebab tiada nilai yang menguntungkan bagi pihak yang melabur. Tapi sekarang ia telah berubah, di mana produk kesihatan amat diingini untuk menjaga kesejahteraan kesihatan(bagi yang peka) dan ia juga dijadikan sebagai bisnes yang begitu mengujakan.

Jadi, sekarang aku bukannya nak bercerita tentang bagaimana nak mengembangkan prospek tentang produk kesihatan ini, cuma aku nak kongsi tentang cara pengubatan yang terlampau percuma untuk kita amalkan, iaitu pemyembuhan penyakit secara amalan ketawa.

Norman Cousin telah menerangkan dalam bukunya yang bertajuk Anatomy of an Illness as Perceived by the Patient, iaitu apabila seseorang itu mengalami tekanan dan emosi negatif boleh mendatangkan seseorang itu mengalami ketidakstabilan dalam horman di badannya iaitu mengalami sakit. Sebaliknya jika seseorang itu ketawa, mempunyai perasaan cinta dan mempunyai emosi positif boleh sebagai penyembuhan kepada seseorang yang sakit.

Hormon endorfin iaitu penghilang sakit semulajadi badan, apabila berlaku amalan ketawa atau yang positif ia akan dirembeskan. Nilai ketawa juga boleh mempengaruhi perkembangan sel-sel manusia. Didapati, apabila seseorang itu ketawa, proses lymphocyte blastigenesis berlaku secara spontan. Ini bermakna, apabila seseorang ketawa dalam tempoh tertentu, sel pertahanan badan iaitu sel T dapat dihasilkan dalam kadar yang lebih banyak.

Pepatah juga ada mengatakan “ketawa adalah ubat yang terbaik” yang telah disebut ratusan tahun oleh manusia. Menunjukkan amalan ketawa merupakan penawar yang begitu murah dan mudah untuk diamalkan kerana setiap kali kita ketawa, kebanyakan daripada otot badan kita dapat mengendur dan berehat.

Jadi, bagi yang jarang dan susah untuk ketawa jadikan ia sebagai amalan harian kita tapi jangan terlebih ketawa atau senyum sorang-sorang pulak. Sekarang ini orang dah pandai berfikir bagaimana untuk menjimatkan kos perbelanjaan, jadi amalan ketawa merupakan penjimatan kos untuk rawatan  kesihatan kita yang memerlukan perbelanjaan yang akan terjadi nanti! Murah dan Mudah!

p/s tapi adakalanya kita kena keluarkan belanja juga…sebab kita tak amalkan perancanagn kesihatan jangka panjang iaitu amalan mencegah lebih baik daripada mengubati.

rujukan; 55 petua seronok bekerja.