Tags

MALAM tadi aku baru mengambil isteri dan anak-anak aku di LCCT bersama kawan. Aku dan kawan aku bertolak dari Kepong selepas Maghrib, kami dua singgah di kedai makan Pak Lah sekejap sambil makan Nasi Kukus Ayam Dara dan mium susu panas halia. Lepas tu baru bertolak ke LCCT, kita ikut jalan PJ sampai di LCCT dalam 9.30 malam.

Sampai di LCCT, aku masuk kat tempat menunggu ketibaan penumpang, “belon” dari Miri baru juga sampai dan aku terlihat kelibat isteri dan anak-anak aku di tempat pengambilan beg. Kebanyakan yang datang aku tengok guru-guru yang mengajar di Sarawak.

Menunjukkan jawatan-jawatan yang ada di Sarawak masih belum dapat dipenuhi oleh orang Sarawak lagi. Kebanyakan guru-guru yang ada di Sarawak masih dimonopoli oleh guru-guru dari Semenanjung terutamanya di sekolah-sekolah menengah dan guru-guru agama.(..dan juga jabatan kerajaan yang lain…)

Adakah orang Sarawak ni tak berminat sangat dengan kerja sebagai guru atau tak berpeluang atau tak diberi peluang ataupun kurangnya dari segi akedemik? Boleh tak kita jawab persoalan ini semua?

Aku lihat isteri dan anak-anak aku dah bergerak ke arah pintu keluar ketibaan, ketiga-tiga anak aku duduk atas troli dan emaknya tukang sorong…selamat datang ke Kuala Lumpur, kotaraya yang penuh dengan haru biru dan persoalan kata hati ku, sebenarnya aku dah tak berminat lagi untuk berada di KL ni tapi Allah masih letakkan rezeki aku di sini, cuma aku dapat berdoa dan bersabar untuk aku lekas-lekas balik ke Sarawak…

Dah dekat 10 malam, aku dan keluarga aku masuk ke kereta kawan dan terus balik ke Kepong dan sampai di rumah dalam 11 lebih malam. Sampai di rumah terus sahaja anaka-anak dan isteriku tidur…dan esok nak bawa mereka berjalan-jalan