Tags

SEKARANG ini kita telah dan akan disibukkan dengan pilihanraya yang akan berlangsung di negeri Sarawak, di mana aku merupakan salah seorang penama yang akan mengundi di Limbang. Tapi sekarang ni, aku tak berada di Limbang tapi di luar Limbang. Mungkin ramai juga mereka-mereka yang seperti aku, yang nama sahaja didaftarkan di Limbang tapi tak ada Limbang. Ia mungkin juga menjejaskan undi-undi bagi calon-calon yang ada di Limbang jikalah penama yang tiada di situ peminat setia calon itu.

Ia akan mengurangkan undian yang ada di pihak calon itu, tapi aku tak pasti adakah aku akan balik nanti ke Limbang bila pilihanraya di tetapkan tarikhnya. Kepastian di pihak aku belum dapat aku nak katakan yang aku berada di sana nanti tapi Insya-Allah.

Tapi bila aku membaca berita di dada akhbar(kerajaan) mahupun di internet(pembangkang dan penyokong kerajaan) telah ada kempen-kempen secara tak rasmi dikalangan mereka. Dan pelbagai isu-isu yang dihangatkan dan digembur-gemburkan antara pihak untuk memancing minat di kalangan pengundi atau mengurangkan undi kedua pihak nanti.

Seumpama sekarang, calon-calon sedang memperagakan diri mereka untuk menonjolkan kekarismaan untuk menarik penyokong-penyokong agar menjadi peminat setia atau peminat baru mereka. Siapa yang pandai mengambil hati pasti akan menjadi idaman kalbu mereka nanti. Aura dikalangan calon-calon semakin ditonjolkan oleh akhbar-akhbar, blog, radio dan juga paparan di kaca TV sekarang bagi memeriahkan pilihanraya nanti.

Bila aku baca akhbar tadi, sokongan dari pengundi dari bandar semakin berkurangan bagi pihak yang memerintah sekarang dan mungkin akan mengalihkan sokonga mereka ke arah pembangkang. Mengapa ya jadi begitu? Bagaimana pula sokongan dari luar bandar, adakah masih setia dengan pemerintah? Tapi, kerajaan yang memerintah sekarang ini masih berkeyakinan yang mereka akan memerintah. Tapi kita kena tunggulah, siapa yang akan memegang tampuk pemerintah yang ada di Sarawak ini nanti.

Jadi, kita semualah yang akan menentukan siapa yang akan memerintah kerajaan kita nanti yang kita beri amanah dan tanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus kewangan dan membelanjakan wang kita(rakyat) nanti. Carilah calon itu.