Tags

HUJUNG minggu!

Biasanya orang memperkatakan hujung minggu masa yang sesuai untuk berehat, menenangkan fikiran dan merehatkan badan. Adakah terciptanya hujung minggu secara langsung pemikiran kita mengatakan ia untuk merehatkan badan dan pemikiran kita yang serabut?

Adakah selain dari hari minggu tidak dikatakan masa yang sesuai untuk berehat dan menyantaikan jasmani dan rohani?Mungkin otak kita, telah kita rakamkan untuk mengatakan bahawa hujung minggu adalah masa untuk berehat dan bersantai-santai. Jadi seluruh kita akan mengatakan hujung minggu adalah untuk berehat.

Jadi, hujung minggu ni pun tadi aku berehat juga, sambil duduk di rumah emak dan ayah aku di Sibu. Tapi tak terasapun aku berehat, aku rasa rehat tiada maknanya jika masih bersama keluarga, bagi aku bila bersama keluarga merupakan tanggungjawab. Dan jika aku seorang diripun tanpa bersama keluarga, ia merupakan tanggungjawab aku kepada Allah iaitu bagaimana aku nak menggunakan masa aku agar ia ada kaitan dengan agama dan berkualiti.

Di manakah tempat rehat sebenarnya?

Rehat sebenarnya hanyalah dalam kubur, kita tak buat apa-apapun, tak berkerja, tak berjalan, tak berlari, tak bercakap, tak berfikir dan memikirkanya, tak makan, tak minum, tak kencing, tak buang air besar, tak ke sekolah, tak naik kereta, tak naik motosikal, tak pergi ke taman dan banyak lagi yang kita nak buat sehingga kita tak berehat langsung.

Kalau nak rehat, tempatnya di kubur tapi kena bawa iman dan amal yang 100% sempurna kalau tak, tak berehatlah…