Tags

SANTAIKAH bekerja di Limbang? Bagi sesiapa yang sedang bekerja dan pernah bekerja di Limbang mungkin ia suatu persoalan yang sukar dijawab bagi yang belum pernah bekerja di luar wilayah Limbang. Bagi yang pernah bekerja di luar wilayah Limbang mungkin dia boleh membuat perbandingan bagaimana rasanya bekerja di Limbang.

Di Limbang, seperti tempat-tempat lain di Sarawak juga, cuma ia jauh di utara Sarawak yang bersempadan dengan Sabah, Brunei dan Indonesia. Pertama kali menjejak kaki di Limbang, ia sesuatu yang berbeza dengan wilayah yang lain dalam Sarawak.

Yang aku nak lontarkan di pemikiran kita semua, santaikah bila bekerja di Limbang ni? Nak dikatakan santai, santai juga sebab bandarnya kecil serta pusat pentadbiran yang berdekatan dan berkelompok. Jadi agak mudah bagi kakitangan kerajaan ataupun swasta untuk datang ke pejabat. Penduduknya yang kurang, menyantaikan lagi tugas kakitangan kerajaan dan swasta untuk memberi perkhidmatan. Maksudnya bukan tiada kerja langsung cuma agak santai atau dalam zon selesa ataupun tak banyak kerja sangatlah.

Persekitaran yang relax dan cool agak tidak membebankan fikiran dan bahu kakitangan kerajaan dan swasta untuk memikul tanggungjawab yang ada. Cuma tekanan hanya di dalam pejabat dan di luar pejabat agak tidak merungsingkan.

Aliran kehidupan di Limbang agak tidak rumit seperti di bandar-bandar lain di Sarawak, tiada risiko kewangan dan risiko kehidupan yang begitu menerjah terjadi. Terjadipun hanya berkala dan jarang berlaku serta hampir tidak berlaku dalam satu-satu tempoh.

Tekanan dari luar agak slow dan ringan seperti faktor kesesakan, rushing giler, tol-tol, sewa parkir dan gejala sosial terhadap masyarakat yang boleh memberi ketakutan yang melampau terhadap individu, keluarga dan masyarakat di Limbang. Ia agak terlampau kurang di sini sehinggakan suasana yang santai sentiasa wujud di mana-mana sekitar Limbang.

Boleh dikatakan wilayah Limbang masih kekal dalam kesantaian yang masih terpelihara dari risiko kewangan dan kehidupan. Aku rasakan kesantaian yang wujud di Limbang boleh menwujudkan ketidakstabilan dari sudut kematangan dan pendedahan dari sudut kerja dan pembangunan fizikal bandar Limbang. Kelesuan produktiviti juga menerawang persekitaran dikalangan kakitangan kerajaan dan swasta jika kesantaian yang wujud tidak dikurangkan.

Tetapi Limbang tetap Limbang, dengan suasana yang tiada bimbang dan boleh terbang dan boleh juga untuk mengembang poket dan juga tempat persinggahan kumbang-kumbang…