Tags

Kalau kita memperkatakan tentang Limbang, apakah yang terfikir di pemikiran kita sekarang ini? Kalau orang luar yang datang ke Limbang, pasti mereka akan bertanya, “apa yang ada di Limbang?” kek lapis sarawak, garam gunung, ikan tahai, ikan terubuk, laksa sarawak, kampung budaya, pantai, tempat peranginan, tempat membeli belah, kolo mee, ayam penyet dan macam-macam lagi yang ada kat Sarawak ada tak kat Limbang? Jadi, apa yang aku dan kita semua nak jawab?

Aku cuba nak fikirkan, apa yang menarik di Limbang? Bukit Mas? lumpur di Kampung Meritam? Kampung Seberang Kedai di tepi sungai, ketam-ketam yang mudah diperolehi dan murah (tapi sekarang dah naik harga, apa sebabnya?), bahasa penduduk Limbang yang berbeza dari bahagian lain di Sarawak iaitu lebih kepada “kebruneian”, mungkin juga kedudukannya yang berada dalam sebuah negara yang kaya dengan minyak iaitu Brunei Darul Salam dan juga penduduknya yang majoriti bumiputera(melayu) berbanding bahagian-bahagian lain dan mungkin juga penduduk yang wajib mempunyai pasport berbanding bahagian lain.

Jika kita lihat, Limbang masih lagi kekurangan sumber-sumber yang boleh untuk menjana perkembangan dari sudut ekonomi dan sosialnya.

Adakah dengan adanya sumber-sumber yang boleh untuk merangsangkan ekonomi atau sosial boleh membantu untuk mengembangkan sesuatu tempat itu? Mungkin dari segi pemikiran kita berdasarkan sumber yang ada pasti boleh untuk mengeluar produk lantas hasilnya.

Mungkin ada juga sesuatu tempat yang tak mempunyai sumber-sumber tapi dapat mengeluar produk lantas memberi pulangan kepada ekonomi dan sosial sesuatu tempat tersebut.

Aku nak kita semua berfikir agar tanpa ada apa-apapun di suatu tempat, boleh juga menghasil sumber ekonomi yang baik atau menarik pelabur-pelabur dari luar untuk melabur di sesuatu tempat yang tanpa ada sumber-sumber ekonomi. Adakah dengan tiadanya tarikan tertentu menyebabkan tempat tersebut tidak dapat dibangunkan? Seperti Limbang, jika kita lihat dan terokai tiada apa-apa sumber yang kuat untuk memarakkan ekonomi seperti di bahagian-bahagian yang lain di Sarawak.

Sebagai penduduk yang telah lama bermastautin di Limbang, mungkin ada pemikir-pemikir yang ada di Limbang ataupun di luar Limbang boleh untuk menggerakkan ekonomi dan sosial yang ada di Limbang agar boleh seiring dengan bandar-bandar lain di Sarawak.