Tags

TIGA minggu yang lepas anak aku yang lelaki telah berkhatan, sepatutnya awal bulan Disember tu anak aku dah berkhatan tetapi disebabkan masalah teknikal, ia dibatalkan. Seminggu selepas aku balik ke KL, barulah anak aku dikhatankan oleh seorang doktor swasta di pekan Limbang tu.

Isteri aku telah menemankan anak aku untuk berkhatan pada hari itu. Anak aku yang bernama Ameer Hariz nampak takut sikit, jelas isteriku. Tapi dikuatkan juga nalurinya untuk berkhatan dengan wajah yang pucat bila dia nak masuk ke bilik tempat berkhatan. Sebab hari tu, ramai juga budak-budak yang sebaya dengan anak aku berkhatan dan bila keluar sahaja budak lain yang bekhatan, anak aku akan bertanya dengan budak- budak yang keluar, “Sakitkah”? kata anak aku.

Sehinggalah giliran anak aku sendiri, dengan lagak seorang hero anak aku masuk ke bilik tempat berkhatan itu dengan berdebar-debar. Tapi sebelum berkhatan aku dah pesan kat anak aku agar banyakkan berzikir bila berkhatan nanti, agar Allah permudahkan urusan berkhatan tu nanti, anak aku menganggukkan kepalanya tanda faham.

Selepas habis sahaja berkhatan tu, anak aku begitu gembira…katanya kepada aku melalui telefon…babah, abang ameer dah habis bersunat dengan nada kegembiraan yang amat sangat kerana sebelum tu anak aku ni begitu takut bila mendengar bab nak berkhatan ni.

Insya-Allah, lepas ni dah boleh digelar lelaki sejatilah anak aku ni…