Tags

SURATKHABAR Utusan Sarawak baru aku tatap tadi,(dah lupa tarikh) mata aku tertumpu ke tajuk ..Hotel Seri Malaysia tembusi Sarawak. Terfikir juga aku, mengapa tak buka di Kuching ke, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri ataupun di Limbang. Kalau dari segi kedatangan pelancong asing dan tempatan atau permintaan yang tinggi kebanyakannya  di dua  bandaraya ini iaitu Miri ataupun Kuching.

Aku tak pasti mengapa Hotel Seri Malaysia mengembangkan sayapnya di daerah yang kecil lagi kurang berpotensi dari segi pelancongan. Namun, menurut isi berita yang aku baca tadi yang lebih kurangnya…Pembukaan hotel bertaraf tiga bintang ini akan menjadi satu lagi mercu tanda kepada pembangunan di daerah ini serta kebanggaan kepada seluruh penduduk di sini.

Hotel tersebut dianggarkan menelan kos perbelanjaan berjumlah RM35 juta dan mula dilaksanakan pada 27 Julai 2009. Menurutnya, ia merupakan rangkaian Hotel Seri Malaysia yang pertama di Sarawak dan menawarkan sebanyak 104 bilik penginapan termasuk dua buah bilik untuk tetamu VVIP.

“Hotel Seri Malaysia, Lawas dibina pada lima tingkat dan terletak di kawasan yang amat strategik iaitu di tengah-tengah pekan Lawas serta berhadapan dengan tebingan Sungai Lawas yang telah dinaiktaraf dengan pemandangan yang indah. “Hotel lima tingkat ini turut menyediakan dewan makan yang mampu memuatkan 500 orang, dua bilik mesyuarat, kolam renang, kafe serta pusat perniagaan untuk memudahkan para penginap.

Jika kita lihat situasi pekan Lawas yang ada sekarang, mungkin kita akan bersikap skeptik dengan pembinaan hotel Seri Malaysia. Dan mungkin juga penduduknya teruja dengan pembinaan hotel itu. Permintaan ke atas sektor perhotelan di situ amat kurang memandangkan situasi Lawas yang terpencil dari sudut perkembangan ekonomi ataupun tempat pusaran ekonomi yang tidak begitu kuat untuk menarik pelabur-pelabur untuk datang ke situ.

Jadi, mungkin pengusaha perhotelan itu lebih mengetahui keupayaan dan kedudukan Lawas sehingga berani melabur dalam sektor tersebut dan aku mungkin nanti akan datang ke hotel itu bersama keluarga di suatu masa kelak bila aku mulih ke Limbang.