Tags

TAK lama lagi Aidil Adha akan datang, aku masih di sini lagi…bergerak ke sana dan sini. Minggu lepas aku baru balik dari Pulau Pinang, sehari di Kuala Lumpur, selepas itu aku berrtolak ke Kuching. Hari ini aku masih di Kuching, Sarawak dan akan pergi ke Serian sekejap. Ini merupakan kali ketiga aku tak beraya Aidil Adha bersama isteri dan anak-anak di Limbang. Terasa juga sunyi, namun bagi kita di Sarawak, kemeriahan menanti kehadiran Aidil Adha tidak sebegitu meriah berbanding di semenanjung(tak semua, hanya negeri-negeri tertentu sahaja)

Cuma, aku akan beraya di Sibu bersama kedua ibu bapa aku, selepas kerja nanti aku akan terus ke Sibu menggunakan bas. Makluman dari kawan aku, perjalanan dari Kuching ke Sibu memakan masa dalam 5 – 6 jam. Cuba aku nak mencuba bergerak melalui darat dan balik nanti aku menggunakan pengangkutan udara ke Kuching.

Sebenarnya pernah juga aku menggunakan pengangkutan darat, cuma dari segi keselesaan dan masa yang panjang menyebabkan aku jarang menggunakan jalan darat. Sepanjang menggunakan pengangkutan darat ini, cuma aku terkilan dengan jalan-jalan yang masih seperti biasa tak seperti lebuh raya seperti jalan-jalan di semenanjung yang diturap dengan elok, sehingga ada 4 laluan untuk bergerak dan juga terdapat perhentian yang disediakan dengan kemudahan seperti untuk berehat, makan, minum, tempat bersolat disediakan serta banyak lagi aktiviti ekonomi disediakan sepanjang jalan yang dilalui. Itulah bezanya bila kita berada di atas jalan Sarawak dan jalan semenanjung.

Mungkin masa aku balik nanti jalan tak begitu sesak sangat berbanding jalan lebuh raya di semenanjung semasa musim cuti sebegini, sebab Aidil Adha di sini biasa sahaja. Balik atau tak balik sama sahaja bagi orang Sarawak. Namun, kemeriahannya tetap ada iaitu kenduri-kendurinya ataupun orang Sarawak menyebutnya dengan “penggilan”.

Jadi, salam Aidil Adha buat semua..terutamanya keluarga di Limbang, Sibu, Miri dan di mana jua berada…dan aku di sini masih bergerak dan bergerak.