Tags

SEHINGGA kini Limbang masih begitu juga, ada sebuah hospital yang tidak membekalkan peralatan yang mencukupi untuk membuat pembedahan atau akan dihantar ke Miri jika tak mampu ditangani atau yang biasa kita dengar doktor yang kurang atau tiada doktor pakar. Dan kebanyakan yang berlaku, hampir semua pembedahan dirujuk di Hospital Miri. Keadaan ini sudah lama berlaku dan hingga kini masih lagi berlaku. Adakah perlunya perkara ini terus berlaku? Adakah bila kejadian yang tidak diingini berlaku kepada pembesar-pembesar atau yang mempunyai pengaruh di Limbang, barulah pembaharuan akan dibuat di situ kerana perkara itu berlaku ke atas orang yang berpengaruh itu, adakah bukan kerana orang di Limbang yang perlu kemudahan tersebut?

Di Limbang jika kita bandingkan di Lawas, mungkin juga Lawas lebih cepat diberi prasarana yang sepatutnya Limbang dahulu miliki, kerana Limbang pusat pentadbiran bagi Bahagian Limbang. Walau Lawaspun tiada kemudahan seperti yang tiada kemudahan di Limbang, namun Lawas aku rasa ada kelebihannya sedikit. Kita tinggalkan Lawas sekejap, cuba kita lihat dari sudut yang umum yang ada di Limbang, kita khususkan dari sudut pendidikan. Di Limbang hanya ada sekolah menengah, dan belum ada lagi institusi awam mahupun swasta. Kalau nak ambil diploma dan ijazah, pelajar tersebut kena keluar dari Limbang, kalau tak cuma ada sijil STPM, SPM ataupu PMR, ataupun tiada sijil langsung.

Mengapa di Limbang tak diwujudkan prasarana pendidikan yang tinggi sikit, paling kurangpun cawangan universitikah, institusikah atau Giat MARA ataupun juga ILP. Namun, tidak juga terdapat yang Limbang memiliki semua itu. Adakah salah pembesar-pembesar Limbang terdahulu yang tidak mementingkan soal pendidikan anak-anak di Limbang? Lantas membiarkan anak-anak itu pergi keluar dari Limbang, dan menelan kos perbelanjaan pendidikan yang tinggi kepada kedua ibubapa mereka semata-mata untuk melihat mereka berjaya di menara gading.

Adakah Limbang hanya dibangunkan dari sudut “luarannya atau disolek secara amatur” sahaja tanpa diheret sama pembangunan dari ekonomi dan sosial dalam masyarakat setempat terutamanya golongan bumiputera yang menghuni disitu.

Aku rasa Limbang semakin jauh ditinggalkan, semacam ada sesuatu yang tidak menyebelahi Limbang. Adakah kerana penduduknya tak kisah apa yang berlaku dan diperlakukan. Cuma, ada dikalangan mereka yang dah tahu, mungkin cuba untuk tidak ingin tahu akan apa yang berlaku…