Tags

SUASANA di Limbang hari ini(24/10/2010) mungkin meriah dengan Pesta Limbang, terutamanya acara berlumba perahu dan sebelah malamnya pula dihiburkan dengan hiburan yang mengasyikkan terutama sekali anak-anak muda, begitu juga dengan mereka-mereka yang dah berumur. Gerai-gerai jualan terutamanya akan tumbuh dengan cendawan, mungkin ini akan memberi peluang kepada orang-orang bumiputera untuk berniaga setelah berakhirnya bulan Ramadhan.

Dan Limbang akan menjadi tumpuan penduduk di sekitarnya untuk memeriahkan lagi acara tahunan di Limbang. Mungkin waktu ini jalan-jalan di Limbang akan penuh sesak lagi dengan kenderaan-kenderaan yang datang untuk orang ramai melihat Pesta Limbang. Kesesakan yang teruk sekali, jalan yang menuju ke Tedungan, sebab jalan yang menghala ke arah itu hanya satu-satu itu sahaja. Penghuni yang tinggal di sekitar jalan tersebut akan terasa kesesakan apabila hendak masuk ke bandar Limbang dan akan bertembung dengan suasana pesta dan kesesakan orang ramai dan kenderaan yang menghala ke arah yang sama.

Kesesakan yang sama seperti tahun-tahun yang lepas belum lagi difikirkan oleh pihak-pihak tertentu bagaimana untuk mengelak perkara yang sama berlaku. Jika dilihat dengan keadaan mukabumi Limbang, sememang pusat bandar Limbang dikelilingi oleh bukit-bukau dan sungai-sungai yang menghadkan untuk pembinaan jalan-jalan baru, dan tiada alternatif lain untuk penduduk Limbang keluar dari Limbang selain dari jalan yang sediada, iaitu untuk ke Miri melalui Jalan Tedungan dan ke Lawas melalui Jalan Pahlawan. Seolah-olah tiada pilihan untuk penduduk Limbang membuat pilihan untuk keluar dari daerah Limbang. Kalau adapun melalui sungai menuju ke Labuan atau Negara Brunei ataupun menggunakan kapal terbang ke Miri.

Jika musim perayaan atau cuti sekolah, kesesakan akan lebih teruk lagi terutamanya di sempadan antara Limbang dan Brunei sebab hanya satu jalan itu sahaja yang digunakan untuk keluar dan masuk Limbang jika menggunakan kenderaan darat.

Mungkin perlu bagi pihak-pihak tertentu untuk memikirkan, bagaimana membuka jalan-jalan baru bagi mengurangkan kesesakan yang ada, selain masalah birokrasi yang sering berlaku di sempadan antara Limbang dan negara Brunei.

Aku fikir masih ada lagi sempadan yang sesuai perlu dibuka untuk mengurangkan kesesakan yang sediada dan ia juga boleh untuk membantu dalam membangun sosioekonomi Limbang yang agak lembab berbanding bahagian-bahagian lain di negeri Sarawak.