Tags

MASA aku di Limbang, hanya terdapat satu tempat yang aku sering aku lawati bersama keluarga iaitu, Taman Tasik Bukit Mas. Hanya di situ sahaja tempat reakrasi yang sesuai untuk aku membawa keluarga aku di waktu petang. Tempatnya di atas bukit dan terdapat tasik yang tenang, dan pengunjung yang datang ke situ lebih untuk memanaskan badan dan bagi kanak-kanak disediakan tempat permainan untuk mereka berhibur.

Dan aku yang dah berumur semakin kurang penjagaan badan aku dan merelakan sahaja lemak-lemak bermukim di perut aku. Sebenarnya, tempat reakrasi seperti Taman Tasik Bukit Mas sesuai orang seperti aku, yang perlu untuk bersukan seperti berjogging di taman tersebut bagi pembakaran lemak yang ada di badan aku ini.

Jadi, perlulah untuk aku menjaga kesihatan dan juga aku rasa di taman ini sesuai untuk melapangkan fikiran dan melihat pemandangan yang indah di sekitarnya.

Dan, di suatu masa kelak adakah wujud kehijauan sebegini untuk dinikmati generasi terkemudian…dan ia bergantung kepada amalan manusia bagaimana dekatnya mereka dengan Allah swt.