Tags

HARI ini tadi aku telah balik ke Sarawak,(04/09/2010) tempat yang aku tujui di Limbang. Tempat yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Brunei Darussalam. Tempat yang menjadi persoalan negara siapa yang harus memilikinya.

Jika dilihat dari lokasi ataupun geografi Limbang ini, ia betul-betul dalam negara Brunei Darussalam dan kebanyakan penduduk yang menghuni Limbang mempunyai kaitan darah yang hampir dengan penduduk Brunei. Bahasa yang digunakan juga bahasa melayu Brunei dan Kedayan. Dan hampir 90% kehidupan penduduk Limbang hampir menyamai kehidupan orang Brunei, maksudnya dari segi adat-adat dan tatacara hidup seharian(namun dari sudut kekayaan, orang brunei kaya lagi).

Aku telah datang ke Limbang pada tahun 1994, dan aku tak terfikir yang aku akan berada di bumi Limbang yang begitu asing bagi aku. Aku tak terfikir yang aku akan berada di sini.

Pertama kali aku menjejaki kaki aku ke sini, orang Limbang begitu ramah, lembut dan mudah terasa. Bagi aku, begitu terasing dengan persekitaran yang berbeza di tempat aku di Sibu. Limbang, suasananya masih aman, tenang dan terhindar dari gejala-gejala yang kurang sihat(aku maksudkan dalam tahun 90’an).

Yang aku maksudkan, aku hairan orang-orang Limbang berani membiarkan kunci motosikal mereka tanpa diambil kunci, dan juga topi keledarpun dibiarkan atas tempat duduk motosikal. Aku pernah tegur kawan aku, mengapa biarkan kunci di letak di motosikal, nanti hilang kena curi. Kawan aku hanya tersenyum sambil menerangkan, di limbang tiada orang akan mencuri sebab di sini jarang berlaku kecurian walaupun motosikal tak dikunci. Jadi, hebatnya keadaan masa itu, yang membuat aku kagum. Di tempat aku iaitu Sibu, yang berkuncipun kena curi, apakan lagi yang tak berkunci dan kunci masih terpacak di motosikal.

Semakin lama aku di Limbang, semakin aku mengenali kehidupan orang di sini, aku mula memahami percakapan mereka dan aku cuba untuk belajar bertutur menggunakan bahasa mereka. Dan sehingga kini aku hanya dapat menguasai sedikit sahaja bahasa mereka ini, walaupun aku telah berkahwin dengan orang di sini. Dan anak-anak aku begitu fasih menggunakan bahasa orang di sini. Cuma anak-anak aku tak mahir berbahasa bahasa aku.

Hampir 15 tahun aku di Limbang, perubahan yang ketara aku lihat bagi masyarakat di Limbang, dari segi pendidikan, sosial, ekonomi dan politik. Perubahan ini semakin berkembang dan meningkat walaupun tidak secepat di tempat lain tapi ada tren meningkat dengan kadar peratusan yang minimum.

Dari segi pendidikan, ramai anak-anak dari Limbang yang berpendidikan tinggi walaupun masih belum mempunyai institusi-institusi pendidikan seperti universiti, maktab dan kolej. Kebanyakan anak-anak dari Limbang terpaksa belajar di sekitar Labuan, Miri, Sabah dan semenanjng Malaysia.

Sosialpun berubah, samada yang positif dan negatif, sama-sama dalam tren yang meningkat. Dulu motosikal jarang hilang tapi sekarang dah mula hilang. Muda-mudi semakin terkedepan dari sudut fesyen dan pergaulan. Pergaulan bebas mula merangsang kehidupan muda-mudi, pelacuran semakin berkembang dengan permintaan yang menggalakkan, minuman arak yang mudah didapati di mana-mana tanpa sekatan dan lain-lain lagi tentang orang yang tinggal di Limbang. Adakah berkembangnya sesuatu tempat ataupun kemajuan maka akan hadir juga gejala negatif di samping ataupun kemajuan yang tak seimbang dengan agama lantas gejala negatifpun hadir bersama. Jadi, fikirkanlah?

Dan kehidupan yang semakin maju, tak juga miskin dan tak juga kaya sangat tapi syukur Alhamdulillah dapat mengecapi rezeki dari khazanah Allah s.w.t. walaupun sumber-sumber ekonomi yang ada di Limbang tidak menonjol sangat.

Politik sekarang dikuasai oleh kaum bumiputera dan di mana dulu dikuasai oleh kaum cina. Sekarang kerusi parlimen dan DUN dimiliki oleh kaum bumiputera. Itulah perubahan yang ternampak, cuma belum ternampak lagi hasil yang dikeluarkan dan dapat dikecapi oleh orang-orang Limbang dari pemilihan mereka-mereka ini.

Dan sekarang aku balik lagi ke Limbang hanya untuk melawat keluarga yang semakin jarang aku jumpai atas alasan berkhidmat untuk negara. Namun, jalinan kasih sayang aku dengan keluarga aku semakin lebar. Sebab jarang bersama, kadang-kadang sebulan atau dua bulan aku bertemu mereka di Limbang ini.

Kini, Limbang aku lihat tak sama dengan Limbang yang pertama kali aku jejaki dulu, mungkin dihambat kemodenan yang semakin membara, namun, struktur ekonomi Limbang masih belum jelas bagi aku. Sebab tiada sumber-sumber yang meyakinkan untuk Limbang boleh berdiri sama tinggi dengan bahagian-bahagian yang lain seperti Miri, Bintulu, Sibu, Kuching dan lain-lain bahagian, malahan Lawas yang dibawah tadbir Limbang semakin bergerak laju dari sudut pembangunan. Mengapa? Sedangkan Limbang merupakan bahagian yang terawal diwujudkan sebagai bahagian tapi begitu jauh kepada kecepatan dalam membangun dari sudut ekonomi, sosial dan politik. Malahan, amalan agama dan pemahaman tentang agama masih terbelakang dibandingkan dengan bahagian-bahagian yang lain.

Adakah ini terjadi disebabkan oleh YB pada masih itu bukan orang bumiputera lantas terabai semuanya yang sepatutnya diterima oleh orang-orang Limbang. Namun teka-teki ini terus bermain walaupun sekarang YB telah dimiliki oleh orang bumiputera dan Islam untuk mentadbir Limbang.

Yang aku nak tanya dengan diri aku sendiri, jika aku seorang YB disini adakah aku boleh membawa pembangunan di Limbang ini?