Tags

ALLAHYARHAM Sudirman sudah lama meninggalkan kita di dunia ini, beliau merupakan insan seni yang begitu popular di kalangan rakyat Malaysia era tahun 80 dan 90an. Beliau pernah memenangi artis popular di benua asia ini. Ia menjadi kemegahan untuk rakyat Malaysia atas komited beliau dalam lapangan seni di tanah air.

Akupun terminat juga dengan lagu-lagu yang didendangkan oleh Allahyarham,  itu yang aku nak ceritakan tentang lagu yang begitu memberi semangat kepada sesiapa yang mendengarnya(terpulanglah pada pendengar untuk menilai samada ia mendatangkan semangat untuk pendengar semua). Jadi, cuba kita amati dan fahami lirik lagu Warisan dengan penuh kerelaan hati, jom..kalau boleh hayati dengan sambil menyanyi barulah feeling tentang semangat itu akan hadir dalam jiwa kita..(kalau boleh pasangkan lagu tu sekali baru terangkat)

WARISAN

Disini lahirnya sebuah cinta,

Yang murni abadi sejati,

Di sini tersemai cita-cita,

Bercambah menjadi warisan,

Andaiku terbuang tak diterima ,

Andai aku disingkirkan,

Kemana harus kubawakan,

Kemana harusku semaikan cinta ini,

Betapa di bumi ini ku melangkah,

Ke utara, selatan, timur  dan barat kujejaki,

Aku bukannya seorang perwira,

Gagal menghunus senjata,

Namun hati rela berjuang,

Walau dengan cara sendiri,

Demi cinta ini,

Ku ingin kotakan seribu janji,

Sepanjang kedewasaan ini,

Ku ingin sampaikan pesanan,

Akulah penyambung warisan.

Sekarang ini, lagu ini jarang diputarkan di corong-corong radio, itupun bila dekat-dekat bulan Ogos ini nanti, barulah kedengaran lagu-lagu patriotik sebegini diperdengarkan.  Jadi, perlukah lagu-lagu sebegini diperdengarkan kepada kita semua semata-mata nak menaikkan semangat yang semakin tiada ini.

Semangat kita naik seolah-olah bila diperdengarkan dengan lagu-lagu sebegini sahaja, baru datang feeling nya. Dan adakah orang Malaysia ini akan terasa suasana apabila mendengar lagu-lagu yang bersangkutan dengan suasana yang akan diingini. Bila nak dapatkan suasana hari raya, kena dengar lagu raya baru wujud suasana raya tersebut dan begitulah juga dengan perayaan yang lain, perlukan lagu-lagu untuk mewujudkan suasana.

Bukan berkisar tentang perayaan sahaja, orang bercintapun akan datang feeling nya bila dengar lagu-lagu cintan yang berkaitan dengan percintaan mereka. Hebat rupanya peranan lagu-lagu ini ataupun muzik-muzik ini.

Bagaimana pula nak wujudkan suasana agama dalam kehidupan kita? Adakah perlu dengar lagu-lagu nasyid pulak!  ..lu pikir lah sendiri…