Tags

MERCU tanda bagi bandar Limbang adalah bangunan Limbang Plaza. Tedapatnya sebuah hotel, iaitu Hotel Purnama, terdapat juga pejabat-pejabat kerajaan negeri dan premis-premis perniagaan. Ia menjadi tumpuan kepada warga Brunei pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk membeli belah terutamanya dari Temburong dan warga yang berhampiran dengan sempadan serta yang melalui Limbang untuk ke Sabah. Kedatangan warga Brunei juga atas urusan perniagaan dengan penduduk tempatan, di mana bekalan seperti makanan dan bahan mentah yang murah mendorong warga Brunei untuk mendapatkan bekalan yang ada di Limbang.

Pasar Tamu yang telah sekian lama bertapak di Limbang juga menjadi daya tarikan untuk warga Brunei dan penduduk tempatan memeriahkan pekan Limbang, di mana pelbagai barangan tempatan seperti kuih-kuih kering(kerupit, ardam, sepit,kuih cincin dan pelbagai lagi jenama dari Limbang), hasil tani dan laut(beras adan, ikan tahai dan pelbagai lagi)  hasil kraftangan dan hasil hutan seperti tongkat ali banyak dijual di pasar Tamu Limbang.

Cuma, kedudukan pasar Tamu yang sering berubah telah sikit sebanyak mengurangkan daya tarikan(tak seperti dulu, ia begitu popular di kalangan warga Brunei dan penduduk tempatan, sewaktu di lokasi depan Bangunan Tamu, belakang MARA dan depan Maybank). Sekarang lokasi pasar Tamu telah dipindahkan bersebelahan dengan bangunan wayang lama(tak buka lagi), iaitu tempat parkir bas dulu. Sambutan ke atas pasar Tamu semakin berkurangan dan semakin kurang dikunjungi oleh orang ramai.

Penduduk Limbang serta pihak-pihak yang berwajib harus memikirkan bagaimana untuk memeriahkan lagi pasar Tamu yang dulunya begitu meriah dan sekarang sudah semakin kurang sambutan dari dikunjungi oleh orang ramai.

Adakah kerana lokasinya yang kurang strategik? atau saingan dengan kedai-kedai moden yang semakin galak tumbuh(ditambah lagi dengan pembukaan bandar kedua Limbang), ataupun kesedaran generasi baru yang semakin kurang atau kurang berminat dengan perniagaan secara bertamu iaitu produk-produk tempatan, ataupun generasi lama yang ramai tidak aktif lagi dan telah meninggal dunia, ataupun tiada lagi produk-produk tempatan yang hendak dijual, ataupun orang Limbang akan hilang “penjenamaan” pasar Tamu yang telah lama bertapak di Limbang dan akan pudar oleh kepesatan pasar-pasar moden….ataupun keadaan geografi Limbang yang terhad?

Dan… kesedaran dari semua pihak untuk mewujudkan pasar Tamu ceria kembali seperti masa-masa yang lampau amat dipertimbangkan. Ini kerana, di situlah bermulanya penduduk melayu dan kedayan mengenal erti sebuah perniagaan, walaupun secara kecil-kecilan, namun ia memberi impak yang tinggi terutamanya kepada produk-produk tempatan Limbang…dan sekiranya kemalapan pasar Tamu Limbang berlanjutan maka ia memberi kesan yang mendalam kepada penglibatan kaum-kaum seperti melayu dan kedayan untuk mengenengahkan produk serta kejatian diri sebagai usahawan yang berjaya.

Di pasar Tamu Limbanglah, kaum-kaum seperti melayu dan kedayan dapat “melumurkan” diri mereka dalam aktiviti perniagaan…dan jika bersaing dengan kaum lain, mungkin masih terkebelakang(cuba tah lihat di Limbang Plaza tu, sapakan yang amai menyewanyaa?)