Tags

CUTI sekolah ni tadi, keluarga aku telah datang ke sini(Kuala Lumpur). Tahun lepas percutian aku dan keluarga aku hanya sekitar KL sahaja, tapi cuti sekolah pertengahan tahun ni, nak bawa anak-anak ke Ipoh, Perak pulak.

Keluarga aku bertolak dari Limbang ke Miri menggunakan Fokker dalam jam 5.00 petang, sampai di Miri 5 lebih, kat Miri, Hartini tolong ambilkan dari Airport dan hantar ke Hotel Pacific Orient dan besok pulak, Hartini hantar lagi ke Airport untuk perjalanan Miri ke KL(tq my friend, she is my former classmate in Sibu).

Keluarga aku sampai di KL pada Ahad ni tadi, sampai di Airport KL jam 12:25 tengahari. Adik ipar dan suami serta keluarga sekali(Noorleza & Nik) telah menunggu kami sekeluarga di Airport dan dibawa jalan-jalan di sekitar KL, kami sekeluarga pergi ke Menara KL(Sebelum tu pergi ke rumah ipar aku, singgah sekejap). Selepas singgah di Menara KL, keluarga aku terus balik ke rumah sewa aku(yang aku kongsi bersama 2 orang kawan aku, Basuini & Azam).

Esoknya, aku dan keluarga aku bertolak ke Ipoh, Perak menggunakan keretapi(KTMB), cuma nak merasa naik keretapi, tak pernah naik, jadi nak cuba juga, disebabkan di Sarawak tak ada keretapi.

Perjalanan dari KL ke Ipoh dalam masa 3 jam, pandangan yang dilihat hanyalah persekitaran kampung-kampung dan disertai dengan hutan-hutan yang semakin jarang-jarang dan juga bukit-bukau yang semakin gondol.

Sampai di Stesen KTMB Ipoh, kawan aku telah menunggu(Cikgu Hassan, yang telah lama bertugas di Limbang, 10 tahun lamanya yang lalu). Kami terus dibawanya ke rumah dulu, makan di rumahnya dulu pas tu kita dibawa jalan-jalan sekitar bandar Ipoh dan meninjau di sekitar kawasan Tambun(tempat yang nak pergi nanti).

Sekitar 7 petang, kami sekeluarga check-in di Hotel Tower Regency, malam tu kami sekeluarga terus rehat dan tertidur sampai pagi.

Jam 10 pagi kami sekeluarga bertolak ke Lost World Of Tambun, dan tempat tu sebenarnya taman air, jadi, anak-anaklah yang mandi kat situ, anak-anak mandi dalam 3 jam lebih lamanya…jadi terpaksalah aku dan isteriku menunggu sehingga jam 3 petang.

Sampai di bilik hotel, rehat sekejap, pas tu makan malam di restoran yang berhampiran dengan hotel tu, tapi petang tu hujan sikit. Kita redah je hujan tu dan sampai lah ke restoran untk makan malam.

Hari ke 3, kamipun sekeluargapun tangguh, Cikgu Hassan hantarkan ke Stesen KTMB dan sampai di KL pada jam 4 petang dan terus rehat….

Dan juga disertakan gambar-gambar model yang tak bertauliah untuk tatapan bersama…

***************************