Tahun 1998, merupakan  kali terakhir aku menaiki bas melalui Negara Brunei Darul Salam. Dan pada bulan April ini tadi, aku menggunakan pengangkutan awam, iaitu bas untuk bertolak dari Miri  ke Limbang melalui Negara Brunei Darul Salam. Difahamkan perkhidmatan bas yang disediakan telah dimulakan pada tahun 2009, sejak diberhentikan beberapa tahun atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Setahu aku, pada masa aku menggunakan bas ni, bas yang digunakan dari Limbang ke Miri terpaksa berhenti di setiap sempadan bagi pertukaran bas, iaitu, Limbang ke sempadan Limbang/Brunei pertukaran bas, Brunei ke sempadan Brunei/Miri tukar lagi, jadi ada 3 bas yang terpaksa aku naiki. Satu bas dari Limbang, satu bas dari Brunei dan satu lagi bas dari Miri (dah jadi 1 syarikat pulak bagi 2 bahagian dalam negeri Sarawak dan Negara Brunei Darul Salam). Tapi ia amat membebankan bagi yang membawa barangan yang banyak terutamanya juga yang membawa kanak-kanak yang masih kecil.

Baru cerita angkat barang-barang, cerita pasal beratur lagi iaitu bagi pemeriksaan passport lagi lama dan cerewet. Yang harus aku lalui ada 4 pos Imegresen, 2 dari  (keluar dari Malaysia melalui Miri dan masuk Malaysia melalui Limbang)Malaysia dan 2 dari (masuk Brunei melalui Sungai Tujuh dan keluar Brunei melalui Tedungan)Brunei Darul Salam. Dan periksa lagi kereta dengan pihak Kastam, …kebanyakkan masa banyak dihabiskan di antara pos Imegeren dan Kastam sahaja.(sesiapa yang dah melaluinya akan terasa keadaan tersebut).

Aku bertolak dari Miri pada jam 1.35 petang, sebenarnya aku nak cuba macamana perkembangan yang ada sekarang terhadap perkhidmatan bas yang disediakan, adakah masih seperti dulu atau tidak. Aku difahamkan, tiada pertukaran bas lagi berlaku, ia terus menggunakan satu bas sahaja hingga ke Limbang. Pada hari tu, hari Jumaat, agak bernasib baik kerana trafik pada masa tu tak sibuk sangat, agak lancar perjalanan bas.

Cuma apabila pemeriksaan passport dibuat, penumpang terpaksa turun dari bas bagi memeriksa passport penumpang, ia akan lama sikit terutamanya di pos Brunei dan juga pemeriksaan kesihatan oleh pihak Brunei. Penumpang terpaksa turun empat(4) kali di setiap pos yang dilawati oleh bas. Setiap pos yang dilawati mengambil masa dalam lingkungan 15 – 30 minit, (tapi masa tu, penumpang cuma dalam 12 orang sahaja, jadi ia cepat sikit).

Aku lihat jam di telefon bimbit dah masuk 5.36 petang, bas baru sampai di Pos Tedungan, dah 4 jam perjalanan kami untuk sampai di sempadan Brunei antara Limbang. Inipun dalam keadaan kenderaan yang tidak begitu sibuk kerana hari Khamis. Sampai di pos Imegresen Limbang, ia mempunyai komplek yang baru(mungkin baru siap) agak cantik dan masih baru lagi. Apabila berhenti di situ(Kompleks Kastam, Imegresen  dan Kuaritin), akupun pergi ke tandas awam yang disediakan, tapi tersumbat pula tandas kat situ. Air terperangkap di dalam tandas(saluran air mungkin tersumbat)….aku cepat-cepat keluar dari tandas sebab tak berapa selesa dengan keadaan yang terdapat kat dalam tandas tu. Aku terus masuk dalam bas sementara menunggu bas bergerak. Kebanyakkan penumpang yang ada dalam bas tersebut, banyak tidur dari melihat keadaan persekitaran Negara Brunei(mungkin dah biasa, jadi tak kisah dengan apa yang ada sekeliling mereka)

Bas mula bergerak 10 minit setelah berhenti di komplek CIQ, aku jangka, bas ni sampai di Limbang dalam 6.50 petang jika tiada apa-apa yang berlaku di jalan nanti. Sebenarnya, sepanjang perjalanan dari Brunei ke Limbang, VCD dipasang oleh pemandu bas tersebut bagi menghibur penumpang-penumpang. Ceritanya agak menarik tapi penuh dengan aksi lasak…the transporter..dan cerita itu tak habis aku tengok sebab bas dah menghampiri Bandar Limbang. Jam di telefon bimbit aku dah menunjukkan jam 6.40 petang, sangkaan aku tersasar sikit, mungkin kerana kelajuan bas yang menyebabkan ia sampai awal tapi tak apa, yang penting aku dah sampai di Limbang…aku dah terbayang wajah anak-anakku, isteriku dan banyak lagi…

Dan, aku lihat Limbang masih lagi seperti dulu cuma penghuninya sudah berubah…berubah…adakah lagi penghuni yang aku pernah jumpa masih terdapat di waktu ini…mungkin aku perlu diubah atau kena berubah?

Moralnya, bila lagi kita perlu melintasi negara orang lain, kan kita masih banyak lagi tanah yang boleh digunakan untuk membuat jalan-jalan, ada sumber-sumber asli, kayu-kayan…bila nak digunakan hasil sumber itu ya?