Tags

Semasa aku berada di Kuching, Sarawak bulan lepas (Mac), banyak ruang untuk masa melepak di kedai makan dengan kawan-kawan. Lepas habis kerja, balik ke hotel rehat sekejap dan pergi ke masjid untuk solah berjemaah Maghrib dan Isyak. Seperti biasa aku akan lepak tempat aku biasa makan iaitu di Lot 1. Masa itu, kawan-kawan dah tunggu kat situ, akupun duduk sama dengan mereka yang sedang rancak berbual tentang topik merompak dan mencuri. Aku cuba-cuba dengar dan tangkap perbualan mereka ni..rupanya mereka nak menafsirkan maksud merompak dan mencuri..

Kawan yang seorang mengatakan merompak maksudnya membuat sesuatu atau perbuatan secara terbuka dan mencuri pula membuat sesuatu atau perbuatan secara sembunyi. Kalau nak difikirkan betul juga apa yang ditafsirkan itu, merompak dan mencuri merupakan tindakan yang berbeza tapi 1 maksud …membuat perkara yang dilarang oleh agama tapi pulangan atas tindakan tersebut juga berbeza, kalau merompak mungkin memperolehi habuan yang besar sikit berbanding dengan mencuri..?

Kalau nak direnungkan apa yang mereka perbualkan memang membuang masa dengan menceritakan tentang perkara yang tidak mendatangkan faedah. Namun, jika dilihat dengan kondisi yang ada di negara kita ini, perkara yang diperbualkan ini memang dah parah. Di mana-mana kita mendengar kejadian rompakan dan kecurian berlaku..apabila berlaku gejala sebegini, ketenteraman persekitaran kita semakin terancam dan diancam ataupun mengancam. Ketakutan mungkin sering mengekori kita di mana kita berada, nak tinggalkan rumahpun takut, takut dimasuki orang, nak letak kereta di mana-mana tempatpun tak yakin, takut kereta kena curi, nak simpan komputer riba di kereta atau di pejabat rasa takut dicuri orang, bila nak ke masjid ataupun ke surau takut selipar dan kasut kena curi dan banyak lagi kecurigaan kita terhadap persekitaran yang semakin tidak selamat (nak selamat juga, jadilah Kassim Selamat)

Macamana ya?… mengapa gejala-gejala ini berlaku lantas boleh menganggu gugat persekitaran..adakah pihak yang berkuasa tidak menjalankan tugas mereka? Bagi aku setiap penempatan ada pejabat polis, rukun tetangga lagi ditubuh, jawatankuasa kampung lagi dibentuk dan apa lagi ya nak ditubuhkan bagi menggurangkan gejala yang berlaku ini. Polis hari-hari meronda..tapi hari-hari pula gejala ini berlaku.

Kalau kita toleh ataupun renung ke belakang (bukannya pandang ke belakang…) kita akan tersua dengan zaman-zaman terdahulu mungkin lebih senang bagi aku untuk merujuk keadaan atau suasana kehidupan para Sahabat r. ‘anhum di persekitaran Kota Madinah. Kehidupan mereka tidak terusik dengan gejala-gejala yang ada sekarang, cuma aku nak timbulkan bagaimana kehidupan yang sihat dan kualiti dapat dibentuk di situ…apakah acuan yang telah Nabi Muhammad s.a.w. tuang ke dalam diri, keluarga, masyarakat pada masa itu? Acuan inilah yang nak kita tiru (ataupun sekarang ini copy and paste) tak perlu nak difikir-fikirkan bagaimana nak menangani gejala yang ada sekarang.

Di Kota Madinah pada masa itu, tiada terbentuk polis cara rasmi, jawatankuasa kampung tak ada, rukun tetangga lagi tiada, penjara mungkin juga tiada (biasanya orang tahanan pada masa itu hanya tahanan perang, itupun diikat di sekitar kawasan Masjid Nabawi). Jika dihalusi cara junjungan kita mendidik dan membentuk para Sahabat (mereka ini mualaf) begitu sistematik tapi penuh dan sarat dengan kasih sayang.

Sebenarnya, hati-hati para Sahabat r. ‘anhum telah diusahakan oleh Nabi Muhammad s.a.w., bagaimana hati-hati ini telah diusahakan atas keyakinan, keimanan kepada perkara-perkara yang tidak nampak dan kelihatan dan jangan yakin dan beriman dengan perkara-perkara yang nampak dan kelihatan (..bahawasanya Allah s.w.t. sahaja yang mendatangkan manafaat dan mudharat selain dari itu tidak mendatangkan manafaat dan mudharat, asbab yang paling tinggi untuk para Sahabat r. ‘anhum menyelesaikan masalah mereka dunia dan akhirat hanyalah perantaraan amal..). Namun, untuk usaha atas perkara ini, perlukan pengorbanan diri, masa dan harta kita sekali, jadi akan terbentuklah masyarakat seperti para Sahabat r. ‘anhum, terbentuklah kota seperti Kota Madinah dan terbentuklah individu-individu seperti para Sahabat r. ‘anhum.

Dan..masihkah lagi ada manusia sebegini di dunia ini? Seperti para Sahabat r. ‘anhum…cuma jalan ke arah itu sudah terbentang dan tersedia…sediakah kita mengapai yang telah digapai oleh para Sahabat r. ‘anhum…jalannya penuh dengan ranjau berduri dan dibanjiri dengan peluh, airmata dan aliran darah…mampukah kita?