Tags

Adakah kita semua perasan bahawa kehidupan kita diselubungi oleh angka-angka? Perasan tak, kehidupan kita diikat dengan angka-angka dan diulit dengan angka-angka. Tibanya kita ke dunia ini, angka telah diwujud dalam diri kita dengan terciptanya tarikh kelahiran kita. Dan bila kita meninggalkan alam duniapun tercatat juga angka pemergian kita.

Nak cerita tentang angka-angka ini, ia amat menarik dan hebat. Penciptaan angka-angka oleh Allah s.w.t. ada hikmahnya dalam kehidupan manusia. Dengan angka-angka ini, kehidupan dapat diceritakan, dikembangkan, diolah dengan pelbagai situasi, suasana yang menggembirakan, menyedihkan, sayu, hiba, tenang dan berwarnanya lagi pelbagai perasaan.

Angka boleh memperkenalkan seorang kepada seorang yang lain, mengenali, bersahabat, berkawan, berteman tapi mesra (ada juga begitu orang berteman), mungkin bercinta, berkasih, ataupun berkahwin, berkeluarga ataupun berpisah. Begitulah kesan angka-angka dalam kehidupan kita, bagaimana ya, angka boleh mengwujudkan situasi sebegini? Cuba cari bagaimana angka-angka boleh menyusup dalam kehidupan kita?

Dengan angka, sesuatu perkerjaan dapat diselesaikan dengan cepat, teratur dan terancang. Angka juga mengajak orang kepada ketaatan kepada Allah s.w.t. dan dengan angka juga orang langgar perintah Allah s.w.t.

Angka boleh dirujuk dengan banyak dan dirujuk dengan sedikit, kadang kala angka yang sikit memberi kemuliaan dan angka yang banyak merendahkan seseorang. Angka yang banyak juga meninggikan orang itu, kadang kala angka yang kecil menghinakan seseorang..pelik kan..

Bagaimana ya angka ini boleh tercipta dan wujud dalam kehidupan manusia? Aku…dan kita semua berteman dengan angka-angka dalam kehidupan seharian kita. Kadang-kadang angka boleh mengongkong dan mengikat kehidupan kita, jika kita tak pandai mengurus angka-angka ini. (Pengurusan masa)

Angka yang aku tahu dari pembacaan iaitu suatu simbol atau kelompok simbol, atau suatu perkataan dalam bahasa tabii yang melambangkan nombor. Dan juga, tanda dan simbol yang menunjukkan bilangan atau jumlah sesuatu, nombor. Jelas bahawa pengertian angka lebih kepada jumlah, nombor dan kiraan. Yang aku nak ketengahkan tentang angka ini, bagaimana peranan yang “dilakonkan” oleh angka-angka kepada setiap insan-insan yang bernama manusia dalam menjalani kehidupan seharian mereka yang hampir kebanyakkannya tenggelam dalam angka-angka. Contohnya :

Contoh 1

dah pukul berapa ni?

pukul 5.00 pagi lah..

Contoh 2

berapa 1 ni?

tak mahal RM 1 sekupang..bang

Contoh 3

dah berapa orang isteri syeikh?

baru 3 orang..

Contoh 4

1 Malaysia…Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan..

Contoh-contoh yang lain begitu banyak lagi dan sememangnya angka semacam teman harian kita yang sentiasa mendampingi kita. Angka juga dijadikan sebagai lambang sesuatu kaum, kadang kala ia dianggap bertuah, ada juga menganggap angka ni sial…pelik benar..angka yang sama boleh mendatangkan mudarat dan manafaat..betul ke ni. Siapa sebenarnya angka ini? Begitu luar biasa impak yang dicetuskan oleh angka-angka dalam kehidupan manusia ini. Mungkin antara kita, memiliki angka-angka yang keramat, tahun 1969 terciptanya Malaysia, tarikh perkahwinan yang perlu diingati selalu..contohnya 4.12.2009, ataupun dengan hantaran yang bernilai RM 999.99, angka plat kereta kegemaran kita. Seolah-olah angka begitu memberi perlambangan yang tinggi dalam kehidupan manusia itu sendiri..(siapakah yang memberi nilai-nilai kepada angka-angka ini? yang sebenarnya tiada nilai, cuma ia menceritakan sebuah kehidupan yang telah berlalu, sekarang dan akan datang).

Di bidang yang berkaitan dengan angka-angka seperti perakaunan, aku mungkin lemah sikit, setiap angka-angka yang berada di Penyata Kewangan mungkin banyak membantu sesebuah syarikat, koperasi mahupun sebuah negara bagi merancang perancangan untuk masa akan datang, apa perlu yang dibuat dengan dana yang ada, bagaimana boleh mengurang perbelanjaan yang sediada menjadi perbelanjaan yang berhemah, mengatur strategi, bagaimana dengan aset dan liabiliti, perlukah aset ditambah atau dijana, bagaimana dengan liabiliti…macamana nak kurangkan agar tidak berlaku kecairan yang teruk…

Namun, tak semua perkara-perkara yang berlaku boleh dihubungkait dengan angka tapi angka dapat menceritakan kisah-kisah dalam kehidupan kita ataupun “traksaksi-transaksi kehidupan” setiap saat.

Jika kita berbalik ke arah penilaian secara kualitatif dari sudut agama, angka -angka tidak boleh mempengaruhi secara mutlak kepada kesempurnaan amal seseorang itu. Contohnya, keikhlasan, ia tidak dapat dikira dan dinilai dengan angka-angka…dan ia hanya dapat diukur ataupun dinilai dengan amalan-amalan yang istiqamah serta diredhai oleh Allah s.w.t., jadi peranan angka tak ditekankan sangat dalam menjana kehidupan kita di akhirat, ia perlu rahmat daripada Allah s.w.t., nak dapat rahmat daripada Allah s.w.t. kita perlu taat perintah-Nya dan amal Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.