Tags

Pagi tadi aku dah bersiap nak bertolak dari Limbang, sayu juga…pagi tadi hantar anak-anak ke sekolah, mereka gembira..mungkin dah biasa kena tinggal oleh aku, jadi tiada masalah bagi mereka bahawa Allah yang memelihara mereka bukan aku…tanpa aku mereka akan terus hidup selagi rezeki masih ditetapkan oleh Allah s.w.t. ..dah sampai di sekolah, masing-masing cium tangan aku dan nasihatkan agar sentiasa ingatkan Allah s.w.t. Anak-anakku terus bergerak ..Siti Zulaikha di depan, Siti Humiara di tengah dan Ameer Hariz di belakang sebagai ketua dan mereka bergerak ke kelas masing-masing tanpa menoleh ke belakang…hebat anak-anakku ini..dalam usia yang masih mentah sudah hidup berdikari tanpa belaian kasih sayang seorang ayah tapi mereka tetap tenang…di luar sana lebih hebat lagi..anak-anak yang hidup tanpa ayah kerana telah meninggal dunia, anak-anak yang teraniaya, didera dan pelbagai lagi…syukur Allah masih memberi ketenangan dan kebaikan untuk mereka dari nikmat-nikmat yang Allah kurniakan…

Aku bertolak dari Limbang ke Miri jam 11.15 pagi sampai di Miri setengah selepas itu, isteriku yang hantar ke Airport..di Miri kena tunggu belon lagi untuk ke Kuching  yang bertolak pada jam 5.40 petang (guna AirAsia) satu saja penerbangan dari Miri ke Kuching, jadi kena tunggu di Airport Miri. Sebenar, belon aku ke Miri pukul 1 lebih tapi dibatalkan (mungkin tak ada orang kot), gunalah belon pukul 11.15 pagi. Lepas hantar aku ke Airport, isteriku terus ke pejabat sebab masih waktu pejabat. Dan tinggal le aku di airport tu..

Di Airport Miri ini terpaksalah menunggu sehingga pukul 3.00 petang untuk boarding, dah check in tadi menggunakan mesin tapi beg hanya boleh simpan di kargo dalam jam 3 lebih. Bawalah beg-beg ke hulu dan hilir dalam airport tu. Nak makan semua barang di airport ni mahal-mahal, dah lapar sangat tadi makan le kat kopitiam malaya, makan nasi ikan asam…harganya RM 14.90…

Gambar sebelah ini, belon fokker iaitu penerbangan dari Limbang ke Miri, dulu guna twin otter, sekarang dah up gred sikit..nak guna boeing belum dapat lagi di Airport Limbang tu..landasan cukup-cukup untuk fokker tapi rasa aku kalau nak cuba mendarat boeing tu mungkin boleh… jadi fokker masih lagi keutamaan di Limbang sekarang ini.. kalau guna boeing tak perlu lagi singgah di Miri..masa tak terbuang..entahlah..