Tags

Hidup di dunia ini perlu ada kasih sayang, tanpa kasih sayang terasa pelik dan kosong kehidupan. Begitulah keadaan Adam a.s. semasa di syurga Allah s.w.t., beliau begitu sunyi dan keseorangan. Bila terpandang akan makhluk-makhluk yang lain berpasangan beliau terasa akan belaian kasih sayang yang terdapat pada makhluk-makhluk tersebut. Kegelisahan itu disampaikan kepada Allah s.w.t. dan Allah s.w.t. telah ciptakan Hawa sebagai teman Adam a.s. di Syurga. Barulah Adam a.s. terasa kekosongan yang ada itu terpadam dengan hadirnya Hawa sebagai temannya lalu terciptalah kasih sayang antara mereka berdua yang membuahkan zuriat manusia hingga ke sekarang ini.

Kita sebagai manusia biasa, amat medambakan  belaian kasih sayang, bohonglah jika dalam diri manusia itu tidak memerlukan belaian kasih sayang. Makhluk seperti haiwankan lagi memberi kasih sayang dengan pasangan dan anak-anaknya, inikan kita manusia yang mempunyai akal dan hati.

Sebab itulah Allah s.w.t. ciptakan semua mahkluk berpasang-pasangan agar wujud dan berputiknya kasih sayang antara makhluk tersebut. Dan dengan pasangan tersebutlah juga terbentuknya sumber kekuatan dan ketenangan dalam diri kita. Mengikut suatu kajian yang terdapat dalam Health and Age , mereka yang mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga dan masyarakat, jarang mengalami sakit. Kajian itu juga menunjukkan, golongan yang menghidap penyakit barah sel putih atau leukemia dan s akit jantung yang dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan yang baik, mempunyai peratusan yang tinggi untuk sembuh berbanding mereka yang lain.

Begitulah hebatnya kekuatan kasih sayang yang ada dalam diri manusia dan jika digunakan untuk jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t. pasti ia akan memberi impak yang besar dalam perkembangan kehidupan manusia dunia dan akhirat.

Kasih sayang yang terbentuk dalam diri seseorang merupakan datang dari hati yang jernih lagi bersih. Menunjukkan keikhlasan yang hadir dalam diri seseorang telah membungakan nilai-nilai kasih sayang terhadap semua makhluk Allah s.w.t. tanpa memandang darjat, pangkat dan harta seseorang tersebut. Ia hadir dengan sepontan tanpa paksaan dari diri.

Setiap manusia inginkan diri mereka dikasihi, disayangi dan dihargai, begitulah jua diri kita yang mengkehendaki diri kita dikasihi, disayangi dan dihargai. Jadi sewajarnya kita membentuk dalam diri kita nilai-nilai sebegini jika ingin diri dikasihi , disyangi dan dihargai oleh manusia lain. Jika  ingin kasih sayang, berilah kasih sayang kepada orang lain dulu sebelum orang lain mengasihi dan menyayangi kita. Itulah formula untuk kita dapat nilai-nilai sebegini dalam kehidupan kita.

Dalam hadith baginda s.a.w. : “Baginda s.a.w. bersabda, bahawa sesiapa yang berkeinginan rezekinya menjadi luas, “jejak kakinya berkekalan'(lanjut usianya) hendaklah dia menjaga silaturrahim”[Muttafaqun Alaihi] (Fadhilat Sedekah)

Jadi, kita usahakan dalam kehidupan kita agar nilai kasih sayang sentiasa seiring dalam kita menjalani kehidupan seharian kita bersama keluarga, jiran dan semua manusia bahkan semua makhluk Allah s.w.t.