Tags

Apa itu cinta? Hubungan antara lelaki dan wanita yang sering terbayang bila kita memperkatakan tentang cinta. Kasih sayang, curahan hati, rindu merindui, kemesraan dan banyak lagi istilah bagi orang yang dilamun dalam percintaan. Adakah cinta semestinya berlaku sebelum ada hubungan yang sah(berkahwin) ataupun bercinta ini khas untuk teruna dan dara yang belum ada ikatan yang sah? Bagaimana dengan orang yang dah berkahwin? Adakah mereka layak juga bercinta?

Cinta? Cinta pada harta, pangkat, kuasa ataupun cinta pada mahkluk? Adakah cinta ini membawa kebahagiaan yang abadi serta ketenangan dalam jiwa kita? Adakah bercinta dengan mahkluk-mahkluk ini akan menyebabkan kita menjadi manusia yang penyayang?

Cinta yang lebih luas lagi, cinta pada Allah s.w.t. yang menciptakan dan memelihara kita hingga sekarang, manakah cinta yang begitu manis dan romantik sekali? Cinta antara mahkluk atau cinta pada Khalik?

Apakah bezanya cinta kita dengan mahkluk dan cinta kita dengan Allah? Cinta pada mahkluk, kita akan sayang dan cinta pada Allah, kita akan takut…itulah bezanya. Takut yang sebagaimana? Kita akan takut untuk melanggari perintah Allah s.w.t. dan menuruti perintah Allah s.w.t.

Dan cinta yang mana perlu untuk kita ambil sekarang, cinta pada Allah atau cinta pada mahkluk? Insya Allah, jika kita ambil cinta pada Allah, Allah akan tundukkan semua mahkluk untuk mencintai kita dan jika kejar mahkluk, mahkluk akan lari dari kita. Jadi, buatlah pilihan anda!