Tags

Sifat membantu semakin berkurang di kala ini, itupun bila diminta baru dihulurkan. Dalam Islam sifat membantu atau ringan tulang amat dianjurkan dan mendatang ganjaran dunia serta akhirat. Dalam Hadith Nabi SAW, ‘Sesiapa yang meringankan satu kesusahan dunia yang dihadapi oleh seseorang mukmin, Allah SWT akan meringankan baginya satu kesusahan di hari kiamat. Sesiapa yang membantu kesusahan yang dialami seseorang, Allah SWT akan membantu kesusahannya di dunia dan akhirat.”

Namun sifat ringan tulang ini kurang diamalkan sangat kerana bagi seseorang itu, apabila membantu seseorang yang lain akan mengurangkan harta dan menyusahkan sahaja. Jika nak membantupun kena tengok kedudukan seseorang itu, jika memberi manafaat dari segi harta, kedudukan dan pujian kepada si yang membantu itu, barulah bantuan akan dihulurkan.

Disebalik kesusahan yang dialami oleh si pemberi bantuan itu, sebenarnya banyak ganjaran yang diperolehi samada di dunia mahupun akhirat namun Allah SWT sembunyikan kebaikan tersebut di mata manusia. Seumpama pesakit yang diberi ubat yang pahit tetapi dalam rasa ubat yang pahit itu tersembunyi penawar kepada penyakit tersebut. Begitulsh rawatan yang ada dalam sifat-sifat ringan tulang jika diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

Menurut suatu kajian kebangsaan yang dilakukan ke atas 3,300 pekerja sosial di Amerika, mereka yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti kebajikan sering mengecap perasaan damai dan tenang selepas membantu orang lain iaitu helper’s high. 90 peratus daripada mereka  berasa lebih sihat dan tekanan hidup mereka juga semakin berkurangan. Sebahagian yang lain pula mengalami kelegaan daripada sakit-sakit tulang, lelalh dan gastrik, petikan Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden oleh Dr. Daniel Zainal Abidin.

Jadi, marilah kita sama-sama amalkan dalam kehidupan seharian kita sifat yang mulia ini. Tiada apa-apa kerugian yang kita perolehi jika kita membantu sesama manusia dan nilai kedamaian dan ketenangan tidak boleh dibeli dengan nilai wang.