Tags

Malam ni tadi 25/11/2009 dah kat airport ( di Terminal LCC ) . Sebenarnya nak balik ke Limbang, Sarawak…cuti raya korban dan nak jumpa anak-anak serta isteri. Lepas tu nak keluar 40 hari di Limbang attach jemaah dari semenanjung (orang malaya). Bertolak dari rumah tadi lepas Isyak, kawan hantar ke KL Sentral dan naik bas ke LCCT (guna bas yang terakhir, 10.00 malam). Sampai LCCT kol 11.00 malam dan terus ke kedai makan…makan le nasi padang..tapi tak asli sangat le..

Kat LCCT malam ni ramai juga, especially students yang banyak memenuhi ruang-ruang di airport ni..dengan membawa laptop dan bermain dengan games.. sebenarnya ramai yang ada kat sini nak bercuti raya korban termasuk le aku ni..malam ni tidur kat airport le, sebab belon bertolak jam 7.25 pagi esok, jika tak delay le..

kat sebelah aku ni orang India sedang makan..selera sungguh, aku sebenarnya mengantuk….zzz..zzz.. tengahari tadi tido sekejap dalam 15 minit terlelap..dalam bas tadi terlelap sekejap lepas tu, bangun balik, terdengar suara gadis Filipina yang betah bercakap dengan kawannya menggunakan bahasa tagalog..unik juga bahasanya macam bahasa melanau pulak bila didengar dengan teliti..

kat restoran ni pula banyak juga warga Indonesia, mungkin nak balik raya korban di tanah air tercinta…dengan rambut panjang,(tak semua) berjean, berbaju hitam…mereka nampak seperti lain dari warga tempatan, tapi tak kesah lah asal tak buat kacau kat Malaysia ni…

Tetapi…aku jarang nampak warga Islam dari Malaysia, Indonesia, Eropah, Afrika dan lain-lain lagi memadankan diri mereka dengan rupa Islam yang sejati..yang aku nampak hanyalah celupan dari budaya yang entah apa…dalam diri dan kulit mereka. mungkin itulah ukuran untuk menunjukkan kemodenan dan keterdepanan hidup dewasa ini..entahlah aku pun tak tahu…mata aku ni semakin mengantuk pulak…mengantuk giler…