Tags

CIMG0830Kepada yang ada anak-anak, mungkin kita tak perasaan sangat apa hak anak-anak yang perlu kita tunaikan atau kita tak tau hak yang perlu kita tunaikan atas anak-anak kita. ini kerana bagi kita, mereka adalah dibawah tanggungjawab kita, tak perlulah kita nak kisah sangat..mereka tak tau apapun..mereka masih kecil..tak reti apa-apapun.. tentang hidup ini..

Sebenarnya anak-anak kita ada hak dalam hidup mereka…kalau kita lihat kehidupan anak-anak kita berkisar tentang bermain, ke sekolah dan gelagat mereka yang aktif serta nakal…ianya perkara normal bagi kehidupan seharian anak-anak kita. Tanpa kita sedar, bahawa sebahagian daripada dunia anak-anak kita ni penuh dengan suasana bermain..itulah dunia sebenar anak-anak kita..sekitar 12 tahun kebawah kehidupan mereka diselaputi dengan suasana bermain..masa yang indah bagi mereka..tahap umur tu sahaja bagi anak-anak kita merasai alam bermain…dan selepas tu alam tu tidak dapat dikecapi lagi..fikirkanlah.

Kadang-kadang kita sebagai orang tua, menganggap bermain sebagai membuang masa anak-anak kita lantas kita memenuhi kehidupan harian mereka dengan pelbagai aktiviti yang memberi pembelajaran yang tak mampu ditanggung oleh anak-anak kita..dengan sangkaan anak-anak kita akan bijak dan pandai…

Sebenarnya melalui bermainlah anak-anak kita belajar banyak kemahiran hidup seperti berinteraksi, bersosial, berkongsi, bertolak ansur dan bersedia menghadapi kehidupan yang mendatang samada gagal atau berjaya..Bermain adalah cara yang terbaik bagi anak-anak kita mengelak tekanan dan tertekan atas keinginan kita sebagai ibubapa yang begitu tinggi untuk menjadikan anak-anak kita mencapai sasaran yang kita kehendaki..ini semua keinginan kita sebagai ibubapa tapi bukan keinginan anak-anak kita.

Sekarang kita lihat sejak umur 3 tahun lagi , anak-anak kita sudah dibebani dengan pembelajaran secara formal seperti kelas tambahan, kelas musik dan berbagai lagi sekarang ni..(boleh kita bagi tapi biarlah dalam suasana yang bergerak dengan iringan umur anak-anak kita) sebenarnya kita meragut dan merompak hak anak-anak kita untuk mengecapi keseronokkan zaman kanak-kanak.

Bukannya hak bermain sahaja…bab agama perlu disalurkan, kesihatan luar dan dalaman..perlindungan terhadap anak-anak kita dari ancaman dalaman dan luaran dan penyertaan anak-anak kita dalam muasyarat…bersuara atau didengari pandangan anak-anak kita walaupun tak logik manapun, sekurang-kurang sumbangan mereka dari bab penglibatan diri amat perlu..jangan diketepikan, barulah anak-anak kita menganggap merekapun sebahagian dari keluarga dan sama-sama menentu keputusan setiap perkara dalam berkeluarga..

Jadi, penuhilah zaman anak-anak kita dengan aktiviti yang seiringan dengan perkembangan tahap umur anak-anak kita dengan perhatian yang kasih sayang serta diselaputi dengan nilai-nilai agama..