Tags

DSC00040Sejak berada di Kuala Lumpur ni, kaki ni sentiasa bergerak…entah bila nak berhenti berjalan ke sana, ke sini, ke sinun, ke situk…masa ambil gambar ni…tengah tunggu komuter di stesen Putra lepas balik dari genting…menghadiri jamuan perpisahan Ketua Unit…

Jika sahabat-sahabat r. ‘anhu dulu, mereka gunakan kaki untuk bergerak ke seluruh alam, ke utara , selatan, timur dan barat..bergerak membawa agama, bagaimana agama ini ada dalam diri manusia dan diamalkan dalam setiap detik dalam ruang lingkup kemanusiaan…

Di luar kehidupan ini sentiasa mencengkam, mengasak hati untuk ikut apa yang terjadi di sekitar diri yang begitu hampir…mata…telinga…mulut sentiasa terhidang dengan fatamorgana yang indah..seindah pelangi petang (lagu yang mencuit hati dari Allahyrham Sudirman Hj. Arshad). Sebenarnya manusia sekarang dihidang dengan kegembiraan, ketenangan dan kemakmuran yang palsu, yang bukan tulen..kegembiraan, ketenangan dan kemakmuran yang begitu tiada memberi kesan yang kualiti dan kuantiti serta terhad…

Perkara ini terus bergerak seiring dengan kemalapan nilai-nilai kemanusiaan yang semakin kelam, jauh terpinggir dari rahmah Allah s.w.t. Kebebasan kemanusiaan semakin terhad dengan lingkaran protokol ciptaan manusia sendiri yang lebih membungakan nilai keuntungan kebendaan dari nilai keagamaan yang memberi ketenangan yang tulen dan abadi.

Nilai-nilai palsu yang semakin dikibarkan dengan nada semangat kontang merajai lorong-lorong kemanusiaan kini, yang digunapakai oleh manusia-manusia yang membuta yang buta, mempekak yang pekak disertai dengan kebisuan yang bisu..lahirlah manusia yang ada ni (tak semua mereka yang ada ni macam tu, tapi semakin pupus)

DSC00030Masa kat genting tu, naik “skyway”

DSC00042Berebut-rebut nak masuk dalam komuter.. tak ikut barisan lagi dah, semua nak cepat………….