Tags

Masa ni kat Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus, jadi baru lepas cuti Deepavali. Hari tu dah kat Seremban tapi cuti terpaksa balik KL dan sekarang dah kat Seremban balik. Bandar Seremban tak sibuk sangat, bandar ni besar macam bandar Sibu kat Sarawak tu tapi kaum India banyak sikit kat sini. Seremban ni bandar lama, masakan istimewa kat sini masak lomak kaw-kaw..

Dari KL ke sini dalam masa 50 minit je tak jauh..orang kat sini mesra juga, senyum..(post dibuat pada 21/10/2009)

Hari Sabtu ni tadi keliling bandar Seremban sorang-sorang dan pegi kedai buku SBC Books & Stationery, okey juga buku kat situ…ada sales 50%..beli buku untuk anak-anak. Lepas tu lepak kat bilik hotel..(Seremban Inn)(post dibuat 24/10/2009)

Kat bawah ni saya paparkan gambar-gambar bandar Seremban, hanya sebahagian kecil saje, yang lain tak dapat diambil gambar (yang berhampiran dengan hotel je)…tengoklah terutama anak-anak kat Limbang tu yang selalu suruh balik…

DSC00010

Bangunan ni, Seremban Inn, tempat saya tinggal le..ni dah masuk hari ke 8 hari tinggal kat sini..bakinya 6 hari lagi, boring juak, duduk dalam hotel sorang-sorang tapi petang ni ada kawan ambil, Aznan geng 1 ofis yang tinggal kat Kajang nak bawa jalan-jalan cari makan..

DSC00007yang ni pula..bangunan the store..tempat selalu beli barang makanan harian bersebelahan dengan hotel duduk..

DSC00008ni pula pemandangan kat dalam pasar, sekitar kawasan Bazar main..

DSC00009pemandangan dari bawah..pandangan semutlah bandara Seremban ni..waktu pagi masa nak ke tempat pemeriksaan..

DSC00016Gambar ni diambil dari bilik hotel..

DSC00012rakan sekerja..miss chua asal dari sarawak juak..

DSC00014rakan sekerja juga ..cik azie tapi dah bertunang InsyaAllah akan melangsungkn perkahwinannya hujung tahun ni, asal dari johor..

DSC00011ni pulak megat mohd asri, rakan sekerja juga…asal dari kedah..

CIMG0995ni sapa pulak ni…ni masa saya berumur 10 tahun lagi…betul ke ni, macam ameer pulang ni..betul ke ni..sapa ye

Begitu le rezeki yang Allah taburkan kat seluruh alam ni..kalau Allah letakkan rezeki kita kat sini kat situ le kita duduk walaupun kita lahir kat sarawak ke, johor ke, kedah ke atau kat mana-mana pasti dan pasti ada juga Allah letakkan rezeki kita kat sini..lepas ni kat mana lagi…hanya Allah yang mengetahui segala-segalanya…jumpa lagi

dan buat anak-anak (ameer, lika dan mia rindu selalu, jangan nakal2) dan isteri tersayang kat limbang tu..jaga solat di awal waktu..