Tags

1 November 1994, saya telah menjejaki kaki saya ke Limbang, pekan yang saya tidak kenali. Apatah lagi bahasanya yang berbeza dengan bahasa melayu Sarawak, iaitu bahasa yang digunakan bahasa Melayu Brunei dan Kedayan. Saya tak dapat nak gambarkan bagaimana keadaan di Limbang waktu itu, hanya dalam hati saya, saya datang untuk menjalankan tugas sebagai kakitangan kerajaan.

5.20 petang, kapal terbang yang saya naiki iaitu Twin Otter (belon damit) telah mendarat di landasannya, iaitu bersebelahan dengan Pejabat JKR (sekarang dah pindah di Limbang Plaza, cuma yang tinggal kenderaan dan peralatan lain dengan unit-unit yang berkaitan). Saudara sebelah bapa telah menjemput untuk tinggal di rumah mereka(Kampung Bunga Raya, kawan masa tu hanya Ahmad B. Hj. Syamsuddin). Dua minggu tinggal di rumah saudara, saya tinggal berkongsi dengan kawan(Shafie B. Ahmad). Lepas tu, tinggal kat Flat Kubong, berdepan dengan Gereja St. Edmund.

Selama berada kat Limbang bermacam-macam peristiwa yang dialami, samada  yang suka, duka , lucu dan pelbagai lagi. Pada tahun 1998, saya mengakhiri zaman bujang saya dengan seorang gadis dari Kampung Sungai Poyan, iaitu Rosnah Bt Rajab(tak pernah bercintapun dengan isteri ni, cuma kenal isteri kerja kat JANM, Limbang masa tu. Waktu tu, pejabat bertentangan dengan pejabat isteri, selalulah tengok). Terus ajak bertunang, pas tu kahwin dan usia berkahwinan dah menjangkau 10 tahun lebih dengan mendapat 3 cahayamata iaitu Ameer Hariz, Siti Zulaikha dan Siti Humaira. Kini anak-anak sedang membesar dalam suasana Limbang, dengan petah bercakap dalam bahasa Kedayan, namun tak pandai dalam bahasa Melanau walaupun bapanya orang Melanau…

DSC00240Kat sebelah kiri ni, mercu tanda pekan Limbang iaitu Limbang Plaza, tempat pejabat-pejabat kerajaan negeri, tempat bershopping dan Hotel Purnama. Dulu tapak ni, terdapat bangunan MDL, Dewan Tertutup dan Perpustakaan serta terdapat sungai yang mengalir kat situ. Gambar ni diambil masa balik raya 2009, 3 hari kat Limbang terus balik ke Sibu. Raya kat Sibu seminggu pas tu balik lagi ke Limbang.

DSC00249Yang ni terminal bagi perahu-perahu dari penduduk dari Kampung Seberang Kedai, Gadong, Pendam dan banyak lagi. Kat Limbang pengangkutan air masih diperlukan kerana kebanyakkan penduduk masih lagi tinggal di kawasan sungai-sungai. Pengangkutan darat masih belum terbina dengan sempurna walaupun negara telah mencapai kemerdekaan 52 tahun yang lalu…

Pada 1 September 2008, saya telah dipindahkan ke KL, sekarang genap 1 tahun 15 hari saya bertugas di KL. Keluarga masih lagi tinggal kat Limbang, hanya saya sorang saja yang berpindah..

Kini suasana antara Limbang dan KL  amat berbeza dan jauh berbeza dari pelbagai sudut, keharmonian, ketenangan, keakraban, kehijauan, kesantunan dan pelbagai lagi memang tiada di mata apabila berlandskapkan KL…KL hanyalah kota batu dan besi yang penuh dengan cabaran dan debaran..tanpa jatidiri(amalan agama) akan hanyutlah…